Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P9 akan dilancarkan di pasaran Asia Tenggara pada 5 Mei ini

huawei-p9-invitation1

Telefon pintar utama Huawei iaitu Huawei P9 dan P9 Plus telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di benua Asia Tenggara pada 5 Mei ini dan majlis pelancaran serantau ini akan diadakan di Bali, Indonesia.

Sebelum ini , kedua-dua telefon pintar terbaru daripada Huawei ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang memberikan petunjuk kukuh bahawa ianya akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kami telah menerima jemputan rasmi ke majlis pelancaran serantau ini dan jemputan ini hadir didalam sampul berwarna perak yang tertulis “The New Choice” yang bermaksud satu pilihan baru.

Majlis pelancaran Huawei P9 dan P9 Plus ini akan kami laporkan minggu hadapan dan anda boleh mendapatkan maklumat harga dan tarikh akan bila ianya mula dijual di pasaran Malaysia nanti.

Selain Huawei P9 dan P9 Plus, kita mungkin menyaksikan syarikat ini memperkenalkan model Huawei P9 Lite dan P9 Max khusus untuk pasaran Asia Tenggara.

salah satu ciri menarik yang membuat kami teruja mengenai telefon pintar ini adalah kamera berkembar yang dimilkinya dan kami tidak sabar untuk mencuba kelak.

harga penjualan Huawei P9 dan Huawei P9 Plus mungkin berada pada harga sekitar RM 2,399 – RM 2,799.

Maklumat mengenai spesifikasi dan harga penjualan Huawei P9 dan P9 Plus di pasaran lain ( laporan pelancaran ) boleh anda ketahui di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.