HTC One S9 dilancarkan secara rasmi – harga penjualan mahal!
HTC secara rasminya telah melancarkan One S9 iaitu hanya beberapa minggu selepas melancarkan telefon pintar utama mereka iaitu HTC 10
Sebagai salah satu lagi model didalam siri generasi telefon pintar utama tahun lalu, One S9 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti One M9.
The display, on the other hand, is the same 5-inch FullHD Super LCD unit, with unspecified Gorilla Glass layer on top. Inside, there’s a Mediatek Helio X10 powering things, its 2GHZ octa-core Cortex-A53 CPU paired with 2GB or RAM.
HTC One S9 ini hadir dengan skrin paparan Super LCD 1080p yang dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass, pemproses Helio X10 daripada MediaTek , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman (hanya 9.24GB boleh diakses oleh pengguna namun terdapat slot microSD).
HTC One S9 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai aperture f/2.0, OIS manakala kamera selfie adalah yang diwarisi dari M9 iaitu kamera UltraPixel 4MP.
Selain itu, HTC One S9 juga memiliki bateri berkapasiti 2,840mAh, pembesar suara stereo HTC BoomSound, LTE bands dengan Cat.4 , Wi-Fi a/b/g/n/ac, Bluetooth v4.1 , GPS/GLONASS/Beidou dan UI HTC Sense yang berasaskan Android Marshmallow.
HTC One S9 ini dilihat akan mempunyai harga penjualan €499 (RM 2,11) yang dilihat sedikit mahal apabila dibandingkan dengan spesifikasi yang ditawarkan.