Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nikmati Penggunaan Kerja dan Peribadi sepanjang hari bersama Huawei Mate 8

Nikmati Penggunaan Kerja dan Peribadi sepanjang hari bersama Huawei Mate 8 1

Mate-8-T11

Teknologi dan manusia dilihat semakin sebati didalam kehidupan harian. Kita kini sangat bergantung kepada telefon pintar. Sebagai contoh, ketika didalam perjalanan ke tempat kerja, telefon pintar akan menjadi satu e-buku, pemain muzik atau pemain video.

Menurut kajian, jumlah gambar yang diambil telah menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak selepas “lahirnya” telefon pintar. Ini adalah kerana telefon pintar telah memberikan kita satu alternatif yang membolehkan kita mengambil gambar yang baik dan berkualiti tinggi tanpa perlu membawa unit kamera (DSLR).

Mate-8-T04

Pernahkah anda terfikir bagaimana Huawei Mate 8 mampu menjadikan hidup anda lebih ceria dan berseri? Kami akan berkongsi dengan anda pengalaman pengunaan Mate 8 sebagai teman harian kami.

Seperti yang kami maklumkan di atas, telefon pintar bukan lagi sebuah peranti hiburan sahaja malah ianya mampu meningkatkan gaya hidup kita.

Memiliki skrin paparan 6.0-inci adalah satu kelebihan yang dimiliki Mate 8 kerana kita tidak perlu lagi menyukarkan mata untuk memfokuskan kepada skrin paparan yang kecil dan ini sesuatu yang bagus terutamanya bagi golongan yang lebih tua.
Mate-8-T05
Huawei Mate 8 mempunyai skrin paparan HD penuh 1080p yang memberikan kepadatan pikse 368ppi. Memiliki skrin paparan yang besar sahaja tidak mencukupi dan skrin paparan Huawei Mate 8 tidak mengecewakan kita kerana ianya menawarkan penglihatan yang jelas dengan nisbah skrin kepada badan 85% membolehkan lebih banyak kandungan visual dipaparkan.

Kembali kepada persoalan kita, bagaimanakan Huawei Mate 8 mampu meningkatkan produktiviti harian anda?

Sebagai seorang ahli perniagaan, saya harus menghadiri mesyuarat setiap rabu dan Huawei Mate 8 memberikan saya fungsi sebagai perakam suara 360 darjah yang membolehkan saya mudah mengenalpasti suara siapa yang sedang bercakap didalam bilik mesyuarat tersebut.

Disamping itu, saya juga harus membaca dan membalas beratus-ratus e-mel setiap hari. Dengan adanya Huawei Mate 8, ianya membantu saya mengatur e-mel dengan efisen sekaligus menjimatkan masa saya yang amat berharga. Proses melihat dan membalas e-mel telah menjadi lebih mudah dan menyeronokkan dengan Huawei Mate 8.

Mate-8-T09

Di petang hari, saya akan melakukan perjumpaan dengan klien dan menyertai beberapa aktiviti sosial. Seperti yang kita sedia maklum, kad perniagaan adalah cara mudah untuk kita memberi dan menerima maklumat perniagaan dan perhubungan. Bayangkan anda harus memasukkan satu demi satu maklumat ke dalam peranti pintar anda namun dengan Huawei Mate 8 anda hanya perlu mengambil gambar dan segala maklumat tersebut akan disimpan di senarai kenalan secara automatik dengan mudah.

Mate-8-T10

Pernahkah anda menghadapi masalah untuk melakukan “screenshot” sebahagian daripada maklumat atau imej yang dipaparkan di skrin?, sebagai contoh, anda sedang membaca fail “Powerpoint” dan jika anda ingin menghantar sebahagian daripada maklumat tersebut kepada klien atau rakan anda, anda harus melakukan “screenshot” keseluruhan skrin sebelum melakukan “crop” maklumat yang anda mahu.

Walaubagaimanapun, proses ini lebih mudah dengan Huawei Mate 8, anda hanya perlu mengetuk skrin sebanyak dua kali dengan menggunakan buku jari anda dan memilih bahagian skrin yang ingin di “screenshot”.

Mate-8-T08

Ahli perniagaan juga sering melakukan perjalanan dan salah satu masalah yang biasa dihadapi adalah kita tidak menjawab panggilan ketika memandu kerana ianya akan menjejaskan tumpuan dan menyebabkan kita terpaksa memandu dengan sebelah tangan.

Walaubagaimanapun, Huawei Mate 8 hadir dengan kawalan suara yang sangat berguna pada situasi seperti ini. Anda kini boleh menjawab atau menolak panggilan hanya dengan menggunakan suara tanpa perlu melakukan interaksi pada skrin. Selain itu, UI pengunaan satu tangan juga amat berguna ketika melakukan pemanduan.

Selain itu, memiliki Huawei Mate 8 juga penting bagi ahli perniagaan seperti saya kerana ianya mempunyai sokongan terhadap pelbagai jalur frekuensi untuk perantauan antarabangsa dan dengan kebolehan dwi-SIM, telefon pintar ini menolak kemungkinan untuk saya membawa dua telefon pintar ke luar negara.

Selepas berada diluar rumah sepanjang hari, saya telah tiba di rumah dan kebiasaanya saya akan menghabiskan masa terluang dengan melayari laman sosial, menonton filem, bermain permainan video dan mendengar muzik.

Mate-8-T03
Di waktu petang, saya akan pergi ke taman berdekatan dan kamera 16MP yang dimiliki Huawei Mate 8 menjadikan telefon pintar ini adalah peranti fotografi kegemaran saya sekarang. Dengan teknologi “smart Optical Image Stabilization (OIS)”, Kamera Huawei Mate 8 ini menawarkan pengambilan gambar yang sangat tajam dan cerah yang juga bagus untuk pengambilan gambar pada waktu malam.

Selain itu, sensor capjari dibahagian belakang bukan sahaja mempunyai fungsi sebagai pengaktif telefon pintar, malah ianya turut mempunyai fungsi sebagai butang untuk mengambil gambar, menjawab panggilan, menghentikan penggera dan banyak lagi.

Satu persoalan yang akan terlintas di fikiran saya : Adakah Huawei Mate 8 berjaya melaluiĀ  rutin pengunaan harian saya?, jawapanya adalah Ya!

Mate-8-T02

Huawei Mate 8 mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh yang menawarkan jangka hayat bateri yang sangat menggagumkan. Selepas pengunaan aktif selama 12 jam, Huawei Mate 8 masih mempunyai kapasiti bateri 30% dan Mate 8 merupakan telefon pintar yang paling efisen pernah kami gunakan.

Jika ini tidak mencukupi untuk kehidupan seharian anda, anda tidak perlu risau kerana Huawei Mate 8 hadir dengan teknologi pengecasan 9V / 2A yang melakukan pengecasan penuh didalam masa 2.5 jam. Selain itu, 10 minit pengecasan juga akan memberikan anda 12 peratus kapasiti bateri manakala pengecasan satu jam mampu memberikan anda 24 jam waktu pengunaan.

Mate-8-T07

Selepas menggunakan Huawei Mate 8 untuk melalui rutin harian saya, saya bersetuju bahawa Huawei Mate 8 adalah peranti yang mampu menawarkan pengunaan seharian tanpa perlu risau akan kehabisan bateri apabila anda tiba di rumah. Telefon pintar ini juga membantu anda mengurangkan beban kerja anda dan ianya juga akan memastikan anda tidak kebosanan selepas diwaktu rehat anda.

Baca kenapa kami merasakan Huawei Mate 8 adalah peranti perniagaan yang terbaik di pasaran
dan Huawei Mate 8 mempunyai potensi untuk menjadi phablet terbaik tahun 2016.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.