Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Celcom melancarkan pelan Home Broadband – internet ‘unlimited’ hanya RM 145

celcom-home-broadband-malaysia-1

Celcom secara rasminya telah memperkenalkan pelan pascabayar Celcom First Platinum mereka yang telah mula ditawarkan awal minggu ini dan pada majlis pelancaran ini Celcom juga telah mengumumkan penawaran pelan jalur lebar kediaman iaitu Celcom Home Broadband yang hadir dengan kuota internet tanpa had ‘Unlimited’.

Pelan Celcom Home Broadband ini hadir dengan bayaran bulanan RM 145 dan perkhimatan ini ditawarkan menggunakan infrastuktur HSBB TM.

Selain itu, anda juga boleh membuat panggilan dibawah pelan jalur lebar Celcom Home Broadband ini dan ianya akan dicaj 8/sen seminit.

Anda juga akan menerima modem dan kotak jalur lebar Celcom Home Broadband secara percuma. Selain itu, kesemua yuran pendaftaran, yuran pengaktifan dan yuran pemasangan akan dikecualikan namun dengan kontrak 24-bulan . ( yuran pendaftaran RM 500 bagi warganegara asing).

Pelan Celcom Home Broadband ini hadir dengan kelajuan 10Mbps dan bagi pelanggan pelan Celcom First, anda boleh menikmati 50% diskaun bagi 6 bulan pertama ( RM 72.50).

Buat masa ini, pelan Celcom Home Broadband ini hanya ditawarkan di kawasan Lembah Klang namun ketua pegawai eksekutif bahagian penjualan dan pemasaran, Zalman Aefendy telah mengesahkan bahawa mereka akan meningkatkan kelajuan dan kawasan liputan Celcom Home Broadband ini.

Bercakap mengenai pelan Celcom First , pelanggan yang melanggan pelan Celcom First Gold dan First Platinum berpeluang memenangi satu Perodua Axia setiap 14 hari ( 6 unit Perodua Axia) dan peraduan ‘Keep Calm and Win a Perodua Axia’ akan berlangsung dari 15 April sehingga 15 Julai 2016.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.