Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DxOMark telah mengiktiraf kamera HTC 10 sebagai yang terbaik

DxOMark telah mengiktiraf kamera HTC 10 sebagai yang terbaik 1

htc 10 malaysia-1

HTC 10 telah dilancarkan secara rasmi semalam dan seperti yang telah dijanjikan oleh syarikat Taiwan ini, HTC 10 dilihat mempunyai potensi untuk menjadi telefon pintar terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini.

Pada HTC 10 ini kita juga menyaksikan kemunculan semula kamera UltraPixel dan ianya mungkin merupakan generasi kamera UltraPixel terbaik pernah dikeluarkan oleh HTC. Kamera utama HTC 10 ini adalah 12MP dengan piksel lebar 1.55┬Ám, aperture f/1.8 , Optik pengstabilan imej (OIS) dan pemfokusan Laser.

Kamera ini juga mampu merakam mod RAW 12-bit, video 4K dan audio beresolusi tinggi.

DxOMark telah mengiktiraf HTC 10 sebagai telefon pintar yang memiliki unit kamera terbaik iaitu sama taraf dengan Samsung Galaxy S7 Edge dengan 88 mata daripada 100 mata.

Selain itu, ditangga ketiga adalah Samsung Galaxy S6 Edge+ bersama-sama Sony Xperia Z5 dan diikuti oleh Note 5, S6 Edge , iPhone 6s Plus , Nexus 6P dan Droid Turbo 2.

Pengiktirafan DxOMark yang meletakkan HTC 10 di tempat pertama dalam ujian kamera yang sangat sengit membuktikan bahawa HTC telah banyak belajar daripada kesilapan lama dan telefon pintar HTC 10 ini adalah telefon pintar yang sempurna dari banyak segi.

HTC 10 ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia dan berdasarkan harga penjualan yang diumumkan iaitu $699 (RM 2,699) , kita mungkin menyaksikan harga penjualan ini kekal atau meningkat sedikit.

sumber

htc dxOMark

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.