Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC 10 dilancarkan secara rasmi – pertama didunia untuk hadir dengan dual OIS

htc-10-official-

Seperti yang dirancang, HTC secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu HTC 10.

HTC 10 hadir dengan skrin paparan 5.2-inci Super LCD 5 QHD dengan resolusi 1440 x 2560 yang turut dilapisi dengan gelas keselamatan Gorilla Glass. Ianya turut hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4GB RAM, Android 6.0 Marshmallow dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang hadir dengan teknologi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Pada HTC 10 ini kita juga menyaksikan kemunculan semula kamera UltraPixel dan ianya mungkin merupakan generasi kamera UltraPixel terbaik pernah dikeluarkan oleh HTC. Kamera utama HTC 10 ini adalah 12MP dengan piksel lebar 1.55µm, aperture f/1.8 , Optik pengstabilan imej (OIS) dan pemfokusan Laser.

Kamera ini juga mampu merakam mod RAW 12-bit, video 4K dan audio beresolusi tinggi. Selain itu, HTC menjadi pengeluar telefon pintar pertama untuk menyertakan Optik pengstabilan imej (OIS) pada kamera hadapan (5MP) HTC 10 ini.

Beralih kepada bahagian audio, HTC 10 hadir dengan teknologi BoomSound yang baru, pembesar suara stereo ini berfungsi sebagai dua unit yang berasingan dimana satu adalah untuk audio frekuensi tinggi yang dikenali sebagai ‘tweeter’ manakala bagi audio frekuensi rendah ianya dikenali sebagai ‘woofer’. Selain itu, dengan pembelian HTC 10 ini, anda turut akan menerima headset premium HTC.

HTC 10 akan mempunyai harga penjualan $699 (RM 2,699) iaitu bagi versi 32GB ( juga ditawarkan didalam versi 64GB) dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan kelabu.
htc 10 malaysia-3 htc 10 power of 10 malaysia htc 10 malaysia-4  htc 10 malaysia htc 10 malaysia-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.