CEO Maxis telah mengumumkan pelan MaxisONE yang baru
Isu Maxis yang dikatakan berat sebelah didalam menawarkan pelan yang sama pada harga yang berlainan dilihat tidak diterima baik sehingga menyebabkan ramai pelanggan setia syarikat telekomunikasi ini berang.
Walaubagaimanapun, menyedari masalah ini yang semakin mendapat perhatian ramai pengguna, ketua pegawai eksekutif Maxis , Morten Lundal dan ketua perniagaan pengguna Dushyan telah membuat kenyataan video melalui akaun Facebook Maxis yang mana mereka telah mengumumkan penawaran pelan MaxisOne yang baru.
Pelan MaxisONE yang baru ini akan hadir dengan kuota internet yang lebih banyak dengan komitmen bulanan yang sama seperti sekarang.
Pelan baru ini akan mula ditawarkan mulai bulan hadapan dan bagi pelanggan Maxis yang sedia ada, mereka juga akan menerima peningkatan kuota ini dan anda akan menerima 3GB kuota internet tambahan percuma mulai 14 April ini.
Pelan MaxisONE 98 akan hadir dengan 5GB kuota internet ( hanya 1GB sebelum ini)
Pelan MaxisONE 129 akan hadir dengan 8GB kuota internet ( hanya 3GB sebelum ini)
Pelan MaxisONE 158 akan hadir dengan 12GB kuota internet ( hanya 5GB sebelum ini)
Pelan Maxis ONE 188 akan hadir dengan 16GB kuota internet ( hanya 7GB sebelum ini)
Untuk maklumat lanjut pelan MaxisONE yang baru ini anda boleh layari laman sesawang MaxisONE
Bagi pelanggan MaxisONE di luar semenanjung Malaysia, pelan MaxisONE yang ditawarkan kepada mereka juga akan sama seperti pelan di atas namun ianya ditawarkan pada harga RM 30 lebih rendah sepanjang tempoh promosi.
A message from Maxis CEO Morten to our customersThere have been many questions about our plans lately and we’d like you to hear from us. Join our CEO Morten and Head of Consumer Business Dushyan as they address some of your questions.
Posted by Maxis on Friday, 8 April 2016