Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Meizu Pro 6 dilaporkan akan hadir dengan lampu flash 10-LED

meizu-pro-6-01

Kebiasaanya, satu unit telefon pintar akan memiliki lampu flash dwi-LED dan terdapat juga syarikat yang menawarkan sehingga 3 lampu LED iaitu model seperti Microsoft Lumia 950 , Microsoft Lumia 950XL dan Lenovo Vibe Shot.

Apakah reaksi anda bahawa kita akan menyaksikan satu model telefon pintar yang akan memiliki flash yang terdiri daripada 10-LED.

Jumlah ini la yang dikatakan akan dimiliki oleh Meizu Pro 6 dan berdasarakan satu gambar rasmi yang dikeluarkan, kita dengan jelas boleh melihata bahawa terdapat satu gelung khas disekeliling sensor pemfokusan laser.

Gelung ini dilihat akan menempatkan lampu flash 10-LED dan ianya mungkin menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan jumlah pencahayaan sebanyak ini.

Meizu Pro 6 akan menjadi telefon pintar yang besar dengan skirn paparan dikatakan sekitar 5.7-inci dan ini memberikan telefon pintar ini ruang yang cukup untuk menempatkan sehingga 10 butir diot LED.

Walaubagaimanapun, adakah ianya akan membawa apa-apa perubahan pada kualiti gambar, kualiti gambar yang diambil mungkin tidak berbeza namun jumlah pencahayaan yang diterima pada gambar yang diambil pada waktu malam mungkin meningkat sehingga 70%.

Apa pun kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui akan apakah idea Meizu didalam menawarkan Meizu Pro 6 ini dengan 10 lampu flash LED kerana telefon pintar ini akan dilancarkan didalam masa 3 hari sahaja lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.