Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ulasan : Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia

Ulasan : Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia 1

Xiaomi Redmi Note 3 Pro

Ulasan : Xiaomi Redmi Note 3 Pro Malaysia

Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan pada penghujung tahun 2015 merupakan generasi baru Redmi Note yang dikeluarkan kurang 6 bulan selepas Redmi Note 2 dilancarkan. Lebih mengejutkan adalah, pelancaran Redmi Note 3 dibuat selang beberapa minggu selepas Redmi Note 2 dilancarkan di Malaysia.

Pada 29 Mac, Xiaomi telah mengumumkan bahawa Xiaomi Redmi Note 3 Pro akan ditawarkan didalam dua versi yang hadir dengan kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman yang berbeza.

Versi 2GB RAM/16GB ROM akan ditawarkan pada harga RM 749 dan ianya akan hadir didalam warna perak sahaja.

Versi 3GB RAM/32GB ROM pula akan ditawarkan hanya RM 100 lebih mahal (RM 849) dan ianya akan hadir didalam warna emas dan kelabu.

Bagi pasaran Malaysia, kita akan menerima versi Xiaomi Redmi Note 3 Pro yang diumumkan pada pertengahan bulan Januari.

Walaubagaimanapun, tidak banyak perbezaan antara versi Redmi Note 3 Pro ini apabila dibandingkan dengan Redmi Note 3 yang biasa ( hanya dari segi pemproses dan kamera utama).

Mari kita membaca ulasan Redmi Note 3 Pro ini.

Pihak Xiaomi telah memberikan kami satu unit telefon pintar Redmi Note 3 Pro ini dan kami telah melakukan Unboxing Redmi Note 3 Pro sebelum ini.

Screenshot_2016-04-03-13-21-25_com.android

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 3 Pro :

  • Chiset: Pemproses 64-bit Qualcomm Snapdragon 650 , GPU Adreno 510
  • RAM: 2GB LPDDR3 atau 3GB LPDDR3
  • Skrin Paparan : 5.5-inci, Resolusi 1920×1080, skrin paparan IPS dengan teknologi ‘Sunlight Display’, 403 PPI
  • Memori Simpanan Dalaman: 16GB atau 32GB (boleh ditambah menggunakan slot microSD pada SIM 2)
  • Kamera(Belakang): 16MP, dengan teknologi pemfokusan auto PDAF, apeture f/2.0, lampu LED flash dwi-tona, rakaman video HD penuh 1080p , rakaman video gerak perlahan pada kadar 120fps
  • Kamera(Hadapan): 5MP aperture f/2.0 , 36 profil kecantikan ‘smart beauty’
  • Sokongan: 4G Dwi Micro-SIM dengan dwi aktif, LTE Cat.4 (150Mbps), Wi-Fi 802.11a/b/g/n/ac, 2.4/5GHz, Bluetooth 4.0, GPS dengan A-GPS, GLONASS dan Beidou, pemancar inframerah ( mampu mengawal peralatan elektronik)
  • Kapasiti Bateri: 4,050mAh
  • OS: MIUI7 berasaskan Android 5.1.1 Lollipop
  • Warna : perak , emas dan kelabu
  • Harga  : RM 749 (2GB RAM/16GB ROM) & RM 849 ( 3GB RAM/32GB ROM)

Reka Bentuk

Xiaomi Redmi Note 3 merupakan telefon pintar pertama Xiaomi untuk hadir dengan reka bentuk yang berasaskan keluli. Hampir keseluruhan peranti Redmi Note 3 ini diperbuat daripada keluli (hanya bahagian atas dan bawah panel belakang adalah plastik) dan ini secara langsung memberikan ianya reka bentuk premium dan harus kita ingat bahawa ianya masih merupakan siri Redmi yang hadir dengan harga penjualan yang sangat berpatutan.

imageXiaomi Redmi Note 3 atau Redmi Note 3 Pro yang hadir dengan reka bentuk yang sangat ringkas dengan keseluruhan permukaan hadapan dikuasai oleh skrin paparan IPS LCD dan panel sisi skrin yang sangat kecil.

image19

image20 Pada bahagian depan atas terdapat speaker, sensor lampu ambient, kamera hadapan dan lampu notifikasi Led. Pada bahagian bawah terdapat butang navigasi berlampu dan tidak lupa juga sekeliling skrin ini yang hadir dengan gelung berwarna krom.

image18

Pada bahagian sisi kanan Redmi Note 3 Pro ini terdapat butang kuasa yang diposisikan pada tempat yang sangat strategik iaitu betul-betul dimana anda akan meletakkan ibu jari anda. Butang suara diletakkan betul-betul di atas butang kuasa ini dan ianya adalah satu butang suara yang panjang dan bukanya dua butang yang berasingan.

image9

Pada bahagian sisi terdapat satu slot yang mampu memuatkan satu sim + microSD atau dua slot sim (micro dan nano sim).

image24Pada bahagian atas Redmi Note 3 ini adalah lokasi untuk slot 3.5mm headphone jack , mikrofon kedua dan sensor IR.

image15

Pada bahagian belakang, kita akan melihat satu unit kamera 16M dan dibawahnya adalah satu lampu flash dwi-tona diikuti pad sensor pengesan capjari bulat yang juga mempunyai gelung dalaman berwarna krom.

Skrin paparan

Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 5.5-inci dan ianya hadir dengan beberapa tetapan skrin yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda. Anda boleh memilih mod kecerahan manual atau automatik , mod pembacaan  dan suhu warna ( sejuk , biasa atau panas).

Skrin paparan ini hadir dengan teknologi Sunlight Display dengan kepadatan piksel 401ppi dan adalah selamat untuk kami perkatakan bahawa Redmi Note 3 mempunyai skrin paparan yang terbaik pada tahap harga ini.

Perisian

Xiaomi Redmi 3 Pro merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dan ianya hadir dengan dua kapasiti RAM/ROM iaitu 2GB RAM/16GB ROM dan 3GB RAM/32GB ROM.

Jika anda sedang menimbangkan untuk membeli telefon pintar Redmi Note 3 Pro ini kami mencadangkan anda untuk memilih versi yang hadir dengan RAM dan ROM yang lebih besar.

image10Selain itu, seperti yang kami telah perkatakan di atas, telefon pintar terbaru Redmi Note ini hadir dengan slot microSD namun jika anda mahu mempunyai memori simpanan yang lebih luas anda hanya boleh menggunakan satu SIM.

Pengguna pasti lebih gembira jika Redmi Note 3 Pro ini hadir dengan dua slot SIM + slot MicroSD seperti pada Redmi Note 2.

Kedua-dua slot SIM ini hadir dengan sokongan LTE + VoLTE , Wi-Fi 802.11n, Bluetooth 4.1 dan sensor IR yang memberikan anda kebolehan untuk mengawal peralatan elektrik rumah anda.

image15

Juga pertama kali digunakan pada telefon pintar Xiaomi adalah sensor capjari dan syarikat ini mendakwa ianya mampu mengaktifkan peranti anda didalam masa 0.3 saat namun ianya mengambil masa dua kali lebih lama ( iaitu hanya 0.6 saat) jika skrin tidak menyala. Anda mampu menyimpan sehingga 5 profil capjari.

Xiaomi Redmi Note 3 ini hadir dengan MIUI 7 yang berasakan Android 5.1.1 Lollipop dan jika anda sudah biasa dengan persekitaran UI Xiaomi, ianya tidak akan menjadi masalah untuk anda beralih kepada sistem operasi ini.

Kamera

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan kamera utama 16MP yang mana ianya merupakan kamera yang lebih baik berbanding kamera 13MP yang dimiliki oleh Redmi Note 3 ( Helio X10).

Kamera 16MP ini mempunyai aperture f/2.0 , flash LED dwi-tona dan pemfokusan pantas PDAF (phase-detection auto focus).

Kualit gambar yang dihasilkan oleh kamera ini berada pada tahap yang baik namun anda boleh melihat banyak ‘noise’ apabila anda melakukan zoom pada gambar-gambar yang diambil. Gambar mod HDR Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini juga berada pada tahap yang memuaskan.

Berikut adalah contoh-contoh gambar yang diambil.

Gambar macro jarak dekat
Gambar macro jarak dekat
Mod Biasa
Mod Biasa
Mod Biasa
Mod Biasa
Contoh Gambar HDR
Contoh Gambar HDR
Contoh Gambar Mod biasa
Contoh Gambar Mod biasa

Bateri

Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini hadir dengan bateri berkapasiti 4,050mAh yang sangat nipis dan ianya turut hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 5V 2A yang sama seperti pada Redmi Note 2. Untuk satu pengecasan dari 0% hingga 100% ianya mengambil masa 180 minit.

Walaupun hadir dengan bateri yang berkapasiti tinggi , Xiaomi berjaya mengekalkan berat keseluruhan telefon pintar ini pada kadar yang boleh diterima iaitu hanya 164gram.

Kesimpulan

Xiaomi Redmi Note 3 Pro hadir dengan harga penjualan RM 749 bagi versi 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman manakala versi 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman hadir dengan harga penjualan RM 849.

Anda boleh beli Xiaomi Redmi Note 3 Pro di SINI.

Secara jujurnya, Xiaomi Redmi Note 3 Pro boleh dikatakan telefon pintar terbaik yang anda boleh miliki pada harga ini.

Xiaomi harus diberikan pujian kerana mereka masih mampu menawarkan reka bentuk yang premium , pemproses Snapdragon 650 dan jangka hayat bateri yang baik pada harga penjualan yang amat berpatutan.

Xiaomi Redmi Note 3 Pro ini akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 6 April ini dan ianya akan dijual serentak dengan penjualan Mi Fan Festival 2016.

baca Unboxing Xiaomi Redmi Note 3 Pro

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.