Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone SE kini dibuka untuk tempahan di Lazada Malaysia

iPhone SE lazada Malaysia

Apple iPhone SE kini telah mula dibuka untuk tempahan melalui Lazada dan hasil tinjauan kami mendapati ianya ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 2,029 bagi versi 16GB manakala bagi versi 64GB ianya ditawarkan dari harga RM 2,568.

Sebagai perbandingan, harga penjualan rasmi iPhone SE ini adalah $399 (RM 1,592) bagi versi 16GB manakala versi 64GB mempunyai harga $499 (RM 1,991).

Bercakap mengenai warna, iPhone SE 16GB ditawarkan didalam warna emas,perak, kelabu dan emas ros manakala versi 64GB hanya ditawarkan perak dan kelabu.

kesemua model iPhone SE ini adalah versi yang di import dari Singapura dan sesetengah penjual menawarkan 1 tahun jaminan waranti manakala ada juga yang menjual tanpa sebarang waranti ( iPhone SE 16GB akan dihantar minggu hadapan manakala iPhone SE 64GB akan dihantar didalam masa dua minggu).

Apple iPhone SE hadir dengan reka bentuk chasis yang sama seperti Apple iPhone 5s namun hadir dengan spesifikasi yang dimiliki oleh iPhone 6s.

Apple iPhone SE ini hadir dengan skrin paparan berukuran 4.0-inci (1136 x 640 piksel) dengan kepadatan piksel 326ppi, pemproses Apple A9 dan GPU PowerVR GT7600.

Selain itu, Apple iPhone SE ini juga hadir dengan kamera yang sama seperti pada iPhone 6s dan 6s Plus iaitu kamera 12MP iSight yang turut hadir dengan rakaman video 4K. walaubagaimanapun, kamera hadapan Apple iPhone 6s iaitu kamera 5MP tidak digunakan pada iPhone SE namun ianya hadir dengan sokongan flash skrin yang dikenali sebagai Retina Flash (kamera 1.2MP).

Apple iPhone SE ini juga hadir dengan sensor capjari TouchID dan sokongan pembayaran Apple Pay. iPhone SE juga mempunyai ukuran dimensi yang sama seperti iPhone 5s dengan berat 113gram.

beli iPhone SE melalui Lazada Malaysia di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.