Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Fan Festival Malaysia akan diadakan pada 6 April ini

mi fan festival

Mi Malaysia sebelum ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu Xiaomi Redmi Note 3 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 6 April ini dan sempena penjualan ini Mi Malaysia dilihat akan mengadakan festival yang dikenali sebagai Mi Fan Festival 2016.

Sempena Mi Fan Festival ini , pengguna berpeluang mendapatkan banyak peranti dan produk Xiaomi pada harga yang lebih berpatutan dan terdapat juga kupon diskaun yang menawarkan diskaun sehingga RM 30.

Selain itu, Xiaomi juga telah mengumumkan bahawa penjualan powerbank 20,000mAh dan Mi Band Pulse juga akan dibuka pada 6 April ini. Mi Powerbank 20,000mAh ini turut hadir dengan sokongan pantas dengan harga penjualan RM 99 manakala Mi Band Pulse pula akan ditawarkan pada harga RM 79.

Selain itu, Xiaomi juga akan mengadakan penjualan kilat RM 1 bagi beberapa produk Xiaomi namun unit yang ditawarkan adalah terhad.

Pada pukul 2 petang , Mi Malaysia akan menawarkan 60 unit Mi In-Ear Headphone yang bernilai RM 99 pada harga RM 1 diikuti Xiaomi Redmi Note 2 (5 unit) yang bernilai RM 649 pada pukul 4 petang.

Pada pukul 6 petang, Mi Malaysia akan menawarkan 45 unit Mi Band Pulse yang bernilai RM 79 pada harga RM 1 diikuti 30 unit powerbank Mi 20,000mAh yang bernilai RM 99 pada pukul 8.

Maklumat lanjut mengenai Mi Fan Festival ini boleh anda ketahui di SINI

mi fan festival-2 mi fan festival-1 mi flash deal mi fon mi originals

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.