GearVR percuma dengan pembelian Galaxy S7 Edge di Roadshow Samsung
Samsung Galaxy S7 Edge akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 18 Mac ini dan sempena kemasukan telefon pintar terbaru Samsung ini, syarikat korea ini akan mengadakan satu roadshow khas untuk memudahkan pengguna memiliki telefon pintar ini.
Samsung akan mengadakan roadshow di empat lokasi utama dan seperti yang dijanjikan, Samsung telah mengumumkan satu lagi tawaran istimewa untuk bakal pembeli.
Jika sebelum ini, Samsung menawarkan diskaun 20% , kad microSD 128GB dan jaminan waranti tambahan satu tahun ( bagi 1,000 pembeli pertama) sebelum membuka tempahan bagi tambahan 2,000 unit ( diskaun 15% dan kad microSD 64GB).
Samsung kini telah mengumumkan bahawa 2,000 pembeli pertama Samsung Galaxy S7 Edge di kesemua roadshow ini akan menerima peranti realiti maya Samsung GearVR yang bernilai RM 459 secara percuma.
Selain 2,000 unit GearVR percuma, Samsung juga mengesahkan mereka akan menawarkan program pertukaran telefon pintar bagi Galaxy S7 Edge dan ini membolehkan anda memiliki telefon pintar terbaru Samsung ini pada harga yang lebih rendah.
Berikut adalah 4 lokasi tersebut
- Kuala Lumpur: Centre Court, Suria KLCC Shopping Mall (18 Mac – 22 Mac 2016)
- Johor: Pintu Utama Tingkat bawah, KSL City, Johor Bahru (18 Mac – 21 Mac 2016)
- Penang: Centre Atrium, Queensbay Mall, Bayan Lepas (18 Mac – 20 Mac 2016)
- Sarawak: C Atrium, VivaCity Megamall, Kuching (18 Mac – 20 Mac 2016)
Majlis pelancaran media Samsung Galaxy S7 Edge akan diadakan pada 17 Mac ini, kami akan membawakan anda segala maklumat dan tawaran Samsung untuk pembelian Galaxy S7 Edge di Malaysia.