Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Asli HTC One M10 tersebar – reka bentuk premium

htc one m10

Penghujung bulan lalu, HTC secara rasminya telah mengeluarkan gambar ‘teaser’ telefon pintar utama mereka bagi tahun ini iaitu One M10 dan ianya dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang premium mengekalkan tradisi HTC yang sentiasa menawarkan telefon pintar dengan reka bentuk yang terbaik.

HTC One M10 dilaporkan akan hadir dengan reka bentuk yang mempunyai DNA daripada HTC One A9 namun dengan spesifikasi dan skrin paparan yang lebih besar.

Selain itu, HTC One M10 ini juga akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran sekitar 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 4GB RAM , kamera UltraPixel 12MP yang turut dilengkapi dengan optik pengstabilan imej, flash led dwi-tona dan pemfokusan laser.

HTC One M10 ini juga dijangka akan hadir dengan UI HTC Sense 8 yang berasaskan Android 6.0.1 Marshmallow dan berdasarkan gambar ini kita boleh mengatakan bahawa permukaan hadapan akan juga hadir dengan sensor capjari dan tiada lagi logo jenama HTC di hadapan.

HTC One M10 ini akan dilancarkan secara rasmi pada satu majlis pelancaran khas yang akan diadakan sekitar bulan April 2016 dan ini meletakkan HTC sebagai antara syarikat terakhir untuk melancarkan telefon pintar utama mereka tahun ini.

HTC One M10 ini dijangka akan memasuki pasaran beberapa minggu selepas pelancaran dan pasaran Malaysia mungkin mendapatnya pada bulan May atau Jun 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.