Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini menawarkan MIUI 7.2 – versi global tiba tidak lama lagi

MIUI7.2

Masih segar pelancaran Xiaomi Mi 5 minggu lalu, Xiaomi hari ini membuat satu lagi pengumuman baru namun kali ini ianya bukan mengenai telefon pintar baru namun ianya adalah mengenai kemaksini sistem operasi MIUI 7.2.

Selepas beberapa bulan menawarkan MIUI 7.1, Xiaomi kini telah mengumumkan bahawa kemaskini MIUI 7.2 sudah mula ditawarkan melalui OTA dan kini mula diterima oleh pengguna peranti Xiaomi di China manakala kemaskini bagi model antarabangsa akan bermula tidak lama lagi.

Model telefon pintar Xiaomi yang sudah mula menerima kemaskini MIUI 7.2 adalah the Mi 5, Mi 4S, Mi Note Pro, Mi 4c, Mi Pad 1, Redmi Note 4G (Satu SIM), dan Redmi 1S.

Selain itu, fasa kedua penawaran kemaskini MIUI 7.2 ini akan bermula minggu hadapan iaitu dan antara peranti yang terlibat adalah Mi Note, Mi 3, Mi 4, Mi 4i, Mi 2/2S, Mi Pad 2, Redmi 3, Redmi Note 3, Redmi Note 2, Redmi Note 4G (Dwi SIM), Redmi Note 3G, Redmi 2A, dan Redmi 2.

Bagi pengguna Xiaomi di Malaysia , kami berharap anda bersabar untuk sedikit masa sahaja lagi kerana kami yakin kemaksini sistem operasi yang terbaru ini akan ditawarkan di pasaran tempatan didalam masa yang terdekat.

Maklumat penuh perubahan dan ciri yang ditawarkan pada MIUI 7.2 ini boleh anda ketahui pada pautan sumber dibawah.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.