Asus mengesahkan kemaskini Android M akan bermula mulai Q2 2016
Asus secara rasminya telah mengesahkan bahawa beberapa model telefon pintar mereka akan menerima kemaksini Android M (6.0 Marshmallow) mulai suku kedua 2016.
Pengesahan mengenai kemaskini sistem Android yang terbaru ini telah disahkan melalui forum rasmi Asus yang dikenali sebagai Asus Zen Talk.
Berikut adalah senarai telefon pintar Asus yang disahkan akan menerima kemaskini Android M
- Asus PadFone S (PF500KL)
- Asus ZenFone 2 (ZE550ML, ZE551ML)
- Asus ZenFone 2 Deluxe (ZE551ML)
- Asus ZenFone 2 Deluxe Special Edition (ZE551ML)
- Asus ZenFone 2 Laser (ZE500KG, ZE500KL, ZE550KL, ZE551KL, ZE600KL, ZE601KL)
- Asus ZenFone Selfie (ZD551KL)
- Asus ZenFone Max (ZC550KL)
- Asus ZenFone Zoom (ZX551ML)
Kemaskini sistem operasi Android Marshmallow yang baru ini akan membawakan banyak ciri baru termasuk ciri pengurusan bateri yang dikenali sebagai Doze.
Selain itu, aplikasi Google Messenger, Calendar dan Gmail akan disertakan secara automatik melalui kemaskini Android M ini dan ketiga-tiga aplikasi ini akan menggantikan tiga aplikasi didalam ZenUI iaitu ASUS Messenger , ASUS Mail dan ASUS calendar selepas anda melakukan ‘factory reset’ (selepas kemaksini).
Jika anda masih memerlukan aplikasi yang ditawarkan melalui Asus ZenUI ini, anda boleh memuat turunya di Google Play Store.
Kita sekarang sudah memasuki suku kedua 2016 dan ini bermaksud kemaskini Android M bagi telefon pintar Asus boleh tiba bila-bila masa sahaja dari sekarang sehingga bulan Jun 2016.