Moto360 Gen 2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Lenovo Malaysia secara rasminya telah melancarkan generasi kedua jam pintar Motorola Moto360 ke pasaran tempatan.
Motorola Moto360 generasi kedua ini hadir dengan skrin paparan LCD beresolusi 360×325 piksel bagi ukuran 42mm & 360×330 piksel (233ppi) bagi ukuran 46mm, pemproses Qualcomm Snapdragon 400, 512MB RAM , 4GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 300mAh (42mm) & 400mAh (46mm).
Motorola Moto360 gen 2 ini hadir dengan sensor yang akan mengukur jumlah langkah, kalori dan degupan jantung.
Selain itu, pengguna juga mampu menerima mesej, berita terkini, maklumat cuaca dan banyak lagi maklumat tanpa perlu melihat telefon pintar anda.
Bercakap mengenai rekabentuk Moto360 Gen 2 ini, ianya hadir dengan besi tahan karat gred industri perkapalan 316L dan dilindungi gelas Corning Gorilla 3 selain pensijilan kalis air dan habuk IP67.
Motorola Moto360 Gen 2 ini hadir dengan jaminan waranti 12 bulan daripada Lenovo Malaysia dan ianya ditawarkan didalam empat versi.
Moto360 warna emas ros dengan saiz 42mm ditawarkan pada harga RM 1,499, manakala Moto360 42mm warna hitam dengan tali kulit ditawarkan pada harga RM 1,399 manakala Moto360 dengan saiz 46mm ditawarkan pada harga RM RM1,599 ( tali kulit coklat).
Selain itu, satu lagi varian jam pintar Moto360 gen 2 yang dikenali sebagai Moto360 Sports turut dilancarkan dengan harga penjualan RM 1,399.
Motorola Moto360 ini hadir dengan sistem operasi Android Wear yang membolehkanya digunakan pada peranti Android dan iOS.
Moto360 gen 2 ini kini sudah boleh di beli melalui rakan penjualan seperti SenQ, Thunder Match , Lazada Malaysia , kedai Oh Yes! dan Urban Republic