Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Stylus 2 akan dilancarkan di Mobile World Congress minggu hadapan

LG Stylus 2 akan dilancarkan di Mobile World Congress minggu hadapan 1

lg stylus 2

LG nampaknya akan melakukan sesuatu yang sangat drastik pada MWC tahun ini. Sebagai permulaan LG telah mengesahkan telefon pintar utama mereka iaitu LG G5 akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari 2016 iaitu sehari sebelum bermulanya MWC.

Pada 22 Februari LG juga telah mengesahkan bahawa dua model telefon pintar didalam siri yang baru iaitu siri X akan dilancarkan di pentas MWC.

Dan kini LG dilaporkan akan hadir dengan satu lagi telefon pintar baru yang hadir dengan pen stylus dan dikenali dengan nama LG Stylus 2.

LG Stylus 2 ini dilihat akan hadir dengan reka bentuk yang teknologi fiber yang menggantikan getah traditional dan akan mempunyai kenipisan 7.4mm dengan berat 145gram.

LG Stylus 2 ini akan hadir dengan skrin paparan teknologi ‘In-Cell’ berukuran 5.7-inci, kamera utama 13MP , kamera selfie 8MP , bateri berkapasiti 3,000mAh dan panel belakang yang mempunyai ukiran seperti besi yang digilap.

LG Stylus 2 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna putih dan hitam dan penjualan bagi model ini dijangka akan bermula pada bulan hadapan dengan pasaran Korea Selatan, Amerika Syarikat , Eropah dan Asia akan menjadi antara benua terawal menerima model ini.

LG G5 , LG X cam , LG X screen dan LG Stylus 2 dijangka akan membuat penampilan penuh pada MWC yang akan berlangsung minggu hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.