Celcom melancarkan pakej pemilikan telefon pintar NewPhone
Pada majlis pelancaran pakej internet prabayar FATTNET, Celcom turut melancarkan satu pelan pemilikan telefon pintar yang dikenali sebagai NewPhone.
Pakej pemilikan ini secara asasnya menawarkan anda kebebasan untuk memiliki telefon pintar 4G LTE terbaru di pasaran tanpa sebarang bayaran pendahuluan yang tinggi.
Dengan bayaran serendah RM 55/sebulan anda boleh memiliki telefon pintar baru dibawah pelan NewPhone ini dan tidak setakat itu, anda boleh menukar telefon pintar baru setiap 12 bulan tanpa sebarang bayaran.
Selain itu, bersama-sama pelan pemilikan ini, Celcom turut menawarkan satu pakej perlindungan telefon pintar yang akan melindungi anda daripada risiko kerosakkann dan juga kecurian telefon pintar yang dibeli dibawah pelan NewPhone.
Dengan pelan pemilikan NewPhone ini, anda perlu melanggan mana-mana pelan pascabayar Celcom yang ditawarkan dan tiada sebarang batasan akan pelan mana yang mahu anda langgan.
Buat masa ini sebanyak 5 telefon pintar ditawarkan dibawah pakej ini yang bermula dari bayaran bulanan serendah RM 55 sehingga RM 175 sebulan ( termasuk pakej perlindungan).
Antara model yang ditawarkan dibawah pelan pemilikan ini adalah Samsung Galaxy J7 , Samsung Galaxy A8 , Samsung Galaxy S6 , Samsung Galaxy Note 5 dan Samsung Galaxy S6 Edge+.
Bagi pelanggan baru, anda boleh menukar nombor lama anda kepada pelan pascabayar celcom dan anda mungkin dikenakan sedikit bayaran pendahuluan apabila melakukan pembelian melalui pelan NewPhone ini.
selepas 12 bulan, anda boleh menukar telefon pintar baru dan jika anda tidak berhasrat untuk menukar telefon pintar anda, ianya akan menjadi milik anda selepas 24 bulan.
maklumat lanjut pakej NewPhone ini boleh anda ketahui disini.