Lakaran Rasmi Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge tersebar
Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Februari 2016 iaitu satu hari sebelum bermulanya Mobile World Congress di Barcelona.
Lakaran akhbar Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah mendedahkan kepada kita reka bentuk telefon pintar terbaru Samsung ini.
Berdasarkan gambar kedua-dua model ini kita boleh simpulkan bahawa Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S6 dan Galaxy S7 Edge.
Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.
Selain itu, kemungkinan untuk menyaksikan Samsung Galaxy S7 Edge+ dilancarkan bersama-sama S7 dan S7 Edge pada 21 Februari ini dilihat semakin tipis kerana setiap gambar dan maklumat yang dikeluarkan hanya berkaitan dengan model ini.
Bercakap mengenai Galaxy S7 Edge+ ini, Samsung mungkin akan melancarkan model ini bersama-sama Galaxy Note 6 pada bulan September dan terdapat juga kemungkinan Galaxy S7 Plus juga dilancarkan sekali.
Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu selepas pelancaran rasmi dilakukan.
Selain itu, harga penjualan siri terbaru Galaxy S ini juga dijangka akan meningkat sedikit dan kami meramalkan ianya akan bermula dari RM 2,699 termasuk GST.