Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gionee secara rasminya melancarkan M5 Mini – bateri 4,000m

gionee m5 mini

Gionee secara rasminya telah melancarkan satu model telefon pintar yang mungkin mempunyai harga penjualan yang sangat berpatutan.

Gionee M5 Mini hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core MediaTek MT6580, 2GB RAM,16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, bercakap mengenai kamera, Gionee M5 Mini ini memiliki kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, model terbaru Gionee ini juga hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan mempunyai UI Amigo OS 3.1.

Bercakap mengenai bateri 4,000mAh yang dimilik oleh M5 Mini ini, ianya hadir dengan penegcasan pantas dimana pengecasan selama 10 minit mampu memberikan waktu aktif 2 hari, 2 jam permainan muzik dan dan 1.5 jam waktu berbual. Selain itu, telefon pintar ini turut boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain.

Gionee M5 Mini akan hadir dengan ukuran 9.6mm dan ianya adalah disebabkan oleh bateri berkapasiti tinggi yang dimilikinya.

Gionee tidak mengumumkan sebarang maklumat harga bagi M5 Mini namun model ini kini ditawarkan di pasaran Nigeria.

Buat masa ini Gioone tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk menawarkan telefon pintar ini dipasaran China dan antarabangsa.

Berdasarkan spesifikasi yang dimiliki, Gionee M5 Mini mungkin mempunyai harga penjualan sekitar RM 400 – RM 500 jika ianya memasuki pasaran tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.