Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gionee secara rasminya melancarkan Marathon M5 Plus dan M5 Enjoy

gionee-marathon-m5-plus-dan-gionee-m5-enjoy-malaysia

Gionee, satu lagi pengeluar telefon pintar dari China telah menutup tirai pelancaran telefon pintar tahun ini dengan melancarkan satu telefon pintar terbaru mereka iaitu Marathon M5 Plus dan M5 Enjoy.

gionee marathon m5 plus-4

Gionne Marathon M5 Plus hadir dengan reka bentuk yang sama seperti M5 namun kini hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 6.0-inci (368ppi), pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 5,020mAh.

Bercakap mengenai bateri yang dimiliki oleh Marathon M5 Plus ini, Gionee mendakwa ianya mampu menawarkan pengguna dua hari pengunaan telefon pintar tanpa pengecasan dan turut hadir dengan dua cip pengecasan yang membolehkan telefon pintar dicas dengan pantas dan selamat.

Selain itu, Marathon M5 Plus juga hadir dengan slot USB-Type C dan sensor capjari yang mempunyai waktu respon hanya 0.1saat.

Selain itu, Gionee Marathon M5 Plus juga hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE, slot microSD yang menyokong tambahan 128GB.

Bercakap mengenai kamera, Marathon M5 Plus juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Gionee Marathon M5 Plus akan mula ditawarkan pada 25 Disember ini secara atas talian dan pengedar sah di China dengan harga penjualan CNY 2,499 iaitu sekitar RM 1,655.

gionee marathon m5 enjoy-2

Beralih kepada Marathon M5 Enjoy pula, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6735, 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman (terdapat slot microSD), sensor capjari dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Beralih kepada kamera pula, M5 Enjoy hadir dengan kamera 8MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Gionee M5 Enjoy akan hadir dengan harga penjualan CNY 1,999 iaitu sekitar RM 1,323.

Kedua-dua telefon pintar ini juga hadir dengan AMIGO OS yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

sumber

Gambar Gionee Marathon M5 Plus

gionee marathon m5 plus-2gionee marathon m5 plusgionee marathon m5 plus-1gionee marathon m5 plus-3

Gambar Gionee Marathon M5 Enjoy

gionee marathon m5 enjoy gionee marathon m5 enjoy-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.