Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R7 Lite dan R1x kini ditawarkan pada harga RM 998

oppo r7 lite dan r1x

Oppo Malaysia kini menawarkan telefon pintar Oppo R7 Lite dan R1x pada harga yang lebih istimewa iaitu sempena sambutan tahun baru cina yang bakal menjelma.

Kedua-dua telefon pintar akan ditawarkan pada harga RM 998 berbanding harga asal RM 1,298 dan RM 1,198.

Oppo R7 Lite adalah model yang dilancarkan di Malaysia hujung tahun lalu iaitu bersama-sama Oppo R7 dan R7 plus.

Oppo R7 Lite ini ditawarkan didalam warna emas dan perak dan harga penjualan istimewa ini hanya boleh didapati apabila pembelian di buat melalui kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia iaitu Oppostore.com.my

Oppo R1x pula hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan warna putih dan seperti R7 Lite, ianya hanya ditawarkan pada harga istimewa ini apabila pembelian dilakukan melalui Oppostore.com.my.

Kedua-dua telefon pintar ini adalah model kelas pertengahan dan penjualan istimewa sempena tahun baru cina ini adalah sehingga stok masih ada.

Untuk melakukan pembelian Oppo R7 Lite atau Oppo Rx1 , anda boleh mengunjungi kedai rasmi Oppo Store Malaysia.

Promosi baru ini ditawarkan selepas Oppo F1 yang merupakan model pertama didalam siri F yang memfokuskan kepda fotografi dilancarkan di pasaran Malaysia minggu lalu dan ianya mempunyai harga penjualan RM 1,198.

Untuk maklumat spesifikasi Oppo F1 anda boleh membaca laporan pelancaran Oppo F1.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.