Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung bakal menawarkan program pemilikan bagi Galaxy S7

Samsung bakal menawarkan program pemilikan bagi Galaxy S7 1

Samsung Galaxy S7 MicroSD

Laman sesawang yang berpangkalan di Korea Selatan iaitu ET News melaporkan bahawa Samsung mempunyai perancangan untuk memperkenalkan program menaiktaraf telefon pintar pada bulan Mac 2016.

Pelancaran progrom ini dilihat serentak dengan tarikh generasi baru telefon pintar Samsung iaitu Galaxy S7 mula dijual di pasaran ( pelancaran  Samsung Galaxy S7 dijangka akan berlangsung pada bulan Februari 2016).

Ini memberikan kita petunjuk bahawa model pertama yang akan ditawarkan melalui program pemilikan ini adalah bagi keluarga Samsung Galaxy S7.

Sebagai permulaan program pemilikan ini akan ditawarkan di pasaran Korea Selatan dan ianya mungkin ditawarkan di Amerika Syarikat selepas itu, khususnya sebagai pencabar kepada program pemilikan Apple iPhone.

Program ini adalah satu program pemilikan yang membolehkan pengguna telefon pintar Samsung Galaxy membeli telefon pintar ini dengan bayaran ansuran bulanan dan menukar generasi baru telefon pintar daripada Samsung ini setiap 12 bulan.

Samsung dijangka akan melancarkan tiga model Samsung Galaxy S7 iaitu Galaxy S7, Galaxy S7 Edge dan Galaxy S7 Edge+.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini dijangka akan memiliki skrin paparan QHD, 4GB RAM , kamera BRITECELL , pensijilan kalis air dan habuk IP68 dan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding Galaxy S6.

Model Galaxy S7 ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu selepas pelancaran rasmi dilakukan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.