Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan melancarkan tiga model Galaxy S7 bulan hadapan

s7-1

CYjEV-rWkAAyYrv

Model Samsung Galaxy S7 telah dilaporkan akan hadir didalam 4 versi yang mempunyai saiz skrin paparan dan reka bentuk yang berlainan namun sehingga kini tiada sebarang maklumat yang memberikan kita petunjuk akan bilangan model yang akan dilancarkan di Samsung UNPACKED 2016 bulan hadapan.

Walaubagaimanapun, posting twitter terbaru dari @evleaks mendedahkan bahawa Samsung akan melancarkan tiga model Samsung Galaxy S7 secara serentak.

Tiga model Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan serentak adalah Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S7 Edge dan Samsung Galaxy S7 Edge+ .

Satu lagi model iaitu Samsung Galaxy S7 plus tidak disenaraikan sebagai model yang akan dilancarkan bulan hadapan dan ianya mungkin dilancarkan bersama-sama Samsung Galaxy Note 6 pada bulan September.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Samsung Galaxy S7, S7 Edge dan S7 Edge+ dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Mac dan pasaran Malaysia mungkin menjadi antara negara terawal untuk menerima model baru Samsung ini.

Samsung Galaxy S7 bersama-sama model yang kami telah sebutkan di atas akan juga membuat penampilan di MWC 2016 yang akan berlangsung di Barcelona mulai 22 Februari 2016.

selain itu, Harga penjualan Samsung Galaxy S7 di Malaysia mungkin naik sedikit memandangkan kelemahan mata ringgit.

sumber

evan blass

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.