Apple iPhone 4.0-inci tersebar melalui video dari kilang Foxconn
Telefon pintar mini daripada Apple yang memiliki skrin paparan 4.0-inci telah lama diperkatakan namun masih tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat. Walaubagaimanapun, kita mungkin tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan pelancaran model iPhone ini kerana laporan terbaru mengatakan ianya akan dilancarkan pada bulan Mac ini.
Selain itu, reka bentuk telefon pintar Apple dengan skirn paparan 4.0-inci ini juga masih menjadi tanda tanya dan satu video terbaru yang dikatakan telah diambil dari kilang Foxconn telah mendedahkan bahawa Apple iPhone mini ini akan mempunyai reka bentuk yang sama seperti Apple iPhone 6 atau iPhone 6s namun dengan skrin paparan yang lebih kecil.
Apple iPhone dengan skrin paparan 4.0-ini dikatakan akan hadir dengan sedikit penambahbaikan dan dengan dua ciri utama yang diperkatakan adalah sokongan kepada sistem pembayaran Apple Pay dan teknologi panggilan suara LTE atau lebih dikenali sebagai VoLTE.
Selain itu, Apple iPhone mini dengan skrin paparan 4.0-inci juga dilaporkan akan memiliki kamera utama Apple iSight 8MP, 1GB RAM, dan beberapa kapasiti memori simpanan dalaman.
Jika benar Apple iPhone mini ini dilancarkan pada bulan Mac ianya pasti disambut baik namun kejayaan telefon pintar ini bergantung kepada tahap harga yang ditetapkan oleh Apple bagi telefon pintar ini.
Jika ianya mempunyai harga penjualan yang berpatutan Apple mungkin sudah boleh merampas kembali peganggan pasaran telefon pintar mini.
tontoni video ini dibawah