Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge dikesan di Zauba

spigen-samsung-galaxy-s7-and-s7-edge-case-1

Samsung Galaxy S7 yang telah hangat diperkatakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan.

Kini, Samsung Galaxy S7 bersama-sama Samsung Galaxy S7 Edge telah dikesan di laman sesawang Zauba yang merupakan laman yang mengesan import dan export negara India.

Dua model telefon pintar Samsung dengan nombor model SM-G930R4 dan SM-G935R4 telah dikesan di Zauba dan kedua-dua model ini dikatakan adalah nombor model yang dimiliki oleh Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.

Selain itu, pangakalan data Zauba ini turut mendedahkan bahawa kedua-dua telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 5.1-inci ( Galaxy S7) dan 5.5-inci ( S7 Edge).

Laporan ini juga disokong dengan laporan sebelum ini yang mengatakan Samsung Galaxy S7 akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.1-inci.

Selain itu, reka bentuk telefon pintar ini juga sedikit sebanyak telah didedahkan oleh pengeluar aksesori terkemuka iaitu Spigen.

Kesemua model Samsung Galaxy S7 ini akan hadir dengan spesifikasi asas yang sama iaitu skrin paparan QHD, pemproses Exynos 8890 atau Snapdragon 820, 4GB RAM dan kamera 12MP dengan teknologi BRITECELL.

Samsung Galaxy S7 bersama-sama Galaxy S7 Edge dijangka akan dilancarkan secara rasmi di majlis pelancaran Samsung UNPACKED 2016 yang akan berlangsung bulan hadapan iaitu sehari sebelum bermulanya MWC di Barcelona.

sumber

zauba s7 and s7 edge

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.