Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lakaran Reka Bentuk Huawei P9 tersebar

Lakaran Reka Bentuk Huawei P9 tersebar 1

huawei p9

Selepas pelancaran Huawe Mate 8 yang mendapat sambutan hangat, Huawei kini sudah mula mengorak langkah untuk menguasai lebih banyak pasaran antarabangsa dengan pelancaran generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Huawei P9.

Huawei P9 sudah mula diperkatakan beberapa bulan lalu dimana satu panel belakang telefon pintar ini mendedahkan bahawa ianya akan hadir dengan kamera berkembar pada bahagian belakang. Kini, satu gambar yang didakwa sebagai lakaran reka bentuk Huawei P9 telah disebarkan.

Gambar yang kami muat turun di atas ini dikatakan adalah reka bentuk akhir Huawei P9 dan terdapat juga DNA yang sama seperti pada Huawei Mate 8. Selain itu, terdapat juga butang ‘home’ yang sudah pastinya disertakan sebagai tempat untuk meletakkan sensor capjari.

Huawei P9 dilaporkan akan hadir dengan reka bentuk berasaskan panel rangka besi dengan panel gelas pada bahagian hadapan dan belakang. Huawei P9 mungkin menjadi antara telefon pintar tercantik pernah di hasilkan oleh Huawei.

Selain itu, Huawei dikatakan akan menyertakan slot USB 3.1 Type-C yang akan menjadikan mereka syarikat pertama untuk menawarkan di pasaran.

Walaupun laporan ini menyokong laporan awal, kita tidak boleh yakin dengan kesahihan khabar angin ini. Bercakap mengenai spesifikasi, Huawei P8 dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci (masih belum ada skirn paparan QHD), pemproses Kirin 950, 4GB RAM, kamera berkembar 12MP dan bateri sekurang-kurangnya 3,000mAh.

Jika benar, Huawei P9 mungkin akan dilancarkan di Mobile World Congress yang akan berlangsung pada bulan Februari 2016.

sumber

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.