Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 3 dengan pemproses Snapdragon 650 diumumkan

Xiaomi Redmi Note 3 dengan pemproses Snapdragon 650 diumumkan 1

xiaomi redmi note 3 snapdragon 650

Xiaomi Redmi Note 3 yang dilancarkan hujung tahun lalu kini akan ditawarkan didalam satu versi baru yang memiliki pemproses Qualcomm Snapragon 650.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 650 ini adalah pemproses yang sebelum ini dikenali sebagai Snapdragon 618.

Selain daripada itu, perbezaan model Redmi Note 3 asal dengan Redmi Note 3 yang baru ini adalah dari segi kamera dimana model ini hadir dengan kamera 16MP f/2.2 dengan teknologi pemfokusan PDAF selain lampu flash dwi-tona. Kamera selfie model ini adalah 5MP.

pemproses-Qualcomm-Snapdragon-650

Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci yang memiliki teknologi Sunlight Display, dua pilihan RAM iaitu 2GB RAM dan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB dan 32GB.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 juga hadir dengan sensor pengesan capjari pantas dengan tempoh pengaktifan hanya 0.3 saat. Redmi Note 3 adalah telefon pintar pertama untuk hadir dengan sensor capjari.

Selain itu, Xiaomi Redmi Note 3 hadir dengan sokongan dwi-SIM hibrid, 4G LTE, Bluetooth 4.1, Bluetooth HID, WiFi 2.4GHz/5GHz dan hadir dengan sistem operasi MIUI 7.

Versi biasa yang hadir dengan 2GB RAM dan 16GB ROM akan ditawarkan pada harga CNY 999 (RM668), manakala versiĀ  3GB RAM dan 32GB ROM pula akan mempunyai harga penjualan CNY1,199 (RM802).

Sebagai perbandingan versi asal Redmi Note 3 ditawarkan pada harga CNY 899 bagi versi 2GB RAM + 16GB ROM manakala versi premium yang hadir dengan 3GB RAM + 32GB ROM ditawarkan pada harga CNY 1,099.

Versi Xiaomi Redmi Note 3 dengan pemproses Snapdragon 650 dijangka akan mula jual di pasaran China tidak lama lagi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.