Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

8.8 juta unit Apple Watch dijual pada tahun 2015

apple watch malaysia-1

Apple Watch yang mula memasuki pasaran pada bulan April 2015 dikatakan merupakan jam pintar yang paling banyak dijual tahun lepas dengan jumlah penjualan berada pada kadar 51.5% atau 8.8 juta unit.

Laporan terbaru ini didedahkan oleh Juniper Research dan ianya turut berkata bahawa penjualan jam pintar yang menggunakan sistem operasi Google yang direka khusus untuk jam iaitu Android Wear mempunyai pegangan pasaran kurang daripada 10% pada tahun 2015.

Juniper Research berkata bahawa salah satu sebab kenapa Apple Watch lebih banyak terjual adalah kerana ianya mempunyai jumlah aplikasi yang jauh lebih banyak iaitu 10,000 jenis aplikasi manakala jam pintar dengan sistem operasi Android Wear hanya mempunyai 4,000 aplikasi.

Selain itu, kajian ini turut mendedahkan bahawa 30% orang berkata bahawa mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk membeli telefon pintar kerana mereka tidak merasakan ianya mempunyai sebarang kegunaan bagi mereka.

Pasaran jam pintar ini dilihat semakin berdaya saing dengan lebih banyak syarikat kecil seperti Martian dan Razer mempunyai jumlah penjualan yang lebih baik.

Selain itu, Apple mungkin akan meneruskan dominasi mereka di pasaran jam pintar dengan pelancaran Apple Watch 2 yang akan hadir dengan sokongan 4G LTE dan modem Wi-Fi. Apple Watch 2 dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Mac bersama-sama Apple iPhone 4.0-inci.

Apple Watch kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan bermula dari RM 1,599 sehingga RM 80,000

sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.