Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

AU Optronics bakal menjadi pembekal skrin AMOLED bagi iPhone

AUO-WQHD-AMOLED-630

Apple dikatakan sedang merancang untuk melabur didalam syarikat yang berpangkalan di Taiwan iaitu AU Optronics dan membina firma ini sehingga mampu menjadi pembekal skrin paparan AMOLED bagi model iPhone di masa hadapan.

Syarikat AU Optronic telah membangunkan skrin paparan AMOLED melebihi 10 tahun dan tahun lalu mereka telah mula menjadi pembekal skrin kepada beberapa syarikat di China seperti Huawei. Walaubagaimanapun, menjadi pembekal skrin kepada peranti Apple iPhone adalah satu cabaran yang berbeza dan Apple dilihat akan memberikan suntikan kewangan untuk membina infrastruktur seperti kilang pengeluaran yang mampu memenuhi permintaan.

Selain itu, seperti pembekal komponen Apple yang lain, Apple kebiasaanya akan mempunyai beberapa pembekal bagi komponen utama iPhone untuk mengelakkan masalah kekurangan komponen yang tidak diduga.

Jika benar AU Optronics akan menjadi pembekal skrin paparan AMOLED bagi iPhone, syarikat ini mungkin menjadi salah satu pembekal skrin bersama-sama Samsung dan LG Display.

Apple iPhone yang berada di pasaran kini menggunakan skrin paparan LTPS (low temperature poly-silicon)  yang dibekalkan oleh LG Display, Japan Display Inc (JDI) dan Sharp.

Selain itu, terdapat juga laporan bahawa Apple hampir menandatangani perjanjian dengan LG Display dan Samsung sebagai pembekal skrin paparan OLED dan AU Optronic mungkin pembekal terakhir yang dipilih Apple.

Skrin paparan AMOLED menawarkan banyak kelebihan berbanding skrin paparan iPhone sekarang, antaranya adalah pengunaan tenaga yang lebih efisen dan kualiti penglihatan yang baik walaupun pada keadaan matahari yang terik.

Apple iPhone dengan skrin paparan AMOLED dijangka akan mula ditawarkan mulai 2018 iaitu pada Apple iPhone 8 namun terdapat juga ramalan daripada penganalisa KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo bahawa iPhone dengan skrin paparan AMOLED hanya akan diperkenalkan pada tahun 2019.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.