Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Honor Band Z1 bakal tiba ke pasaran Malaysia

bandz1_kvSelepas pelancaran jam pintar Huawei Watch di Malaysia bersama-sama Nexus 6P, Huawei melalui jenama Honor nampaknya akan memperkenalkan jam pintar Honor Band Z1 ke pasaran tempatan didalam masa terdekat.

Honor Band Z1 ini adalah peranti yang diperkenalkan di India pada bulan Oktober lalu dan selepas ini akan memasuki pasaran Malaysia.

Bercakap mengenai Honor Band Z1 ini, ianya hadir dengan reka bentuk panel jam bulat dan berasaskan plastik.

Honor Band Z1 ini hadir skrin paparan OLED, pemproses Cortex M4 STM32F411, 128 KB RAM, memori 512 KB, bateri berkapasiti 70mAh yang mampu menawarkan 3 hari pengunaan (dengan pengecasan pantas).

Selain itu, Honor Band Z1 mempunyai fungsi untuk merekod kualiti tidur, mengesan aktivit harian seperti pembakaran kalori dan jumlah langkah, notfikasi panggilan dan mesej. Selain itu, terdapat lagi fungsi yang hanya ditawarkan pada peranti iOS iaitu fungsi sebagai alatan kawalan untuk mengambil gambar dan mencari telefon.

Huawei Honor Band Z1 ini boleh digunakan pada peranti Android dan peranti iOS yang pasti disambut baik oleh pengguna.

Huawei Honor Band Z1 ini dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 400 berdasarkan harga penjualan peranti ini di India iaitu pada harga INR 5,999.

Honor Band Z1 juga hadir didalam dua warna iaitu warna hitam dan putih dan terdapat dua saiz jam ini ditawarkan.

huawe honor band z1

huawei-honor-band-zero

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.