Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung 3S Smart Service – perkhimatan pelanggan terbaik di pasaran

samsung-3s-contest-malaysia-2

Samsung Malaysia telah mengajurkan pertandingan bagi kesemua pekerja dan pegawai khimat pelanggan 3S Smart Service di seluruh negara.

Samsung membuktikan bahawa mereka berpegang teguh kepada prinspi 3S mereka iaitu Speed (kelajuan), Solution (penyelesaian) dan Satisfaction (kepuasan) dan pertandingan ini menjadi platform terbaik bagi pegawai khimat pelanggan Samsung 3S ini untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka bagi membolehkan mereka menawarkan perkhimatan dengan kualiti terbaik di pasaran.

Pertandingan ini diadakan untuk memberikan pegawai khimat pelanggan bahawa adalah penting untuk memiliki pengetahun teknikal yang tinggi dan kemahiran melakukan pembaikan peralatan yang rosak.

Program Samsung 3S Smart Service ini direka khas untuk memnuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan pengalaman perkhimatan pelanggan yang lebih mudah dan secara peribadi. Kesemua pegawai khimat pelanggan Samsung telah melalui latihan yang berterusan untuk meningkatkan kemahiran mereka terhadap produk-produk Samsung seperti telefon pintar, produk elektronik dan banyak lagi.

Samsung juga mempunyai pusat khimat pelanggan yang boleh anda hubungi 24 jam setiap hari untuk menjawab persoalan anda.

Bagi memastikan khimat selepas jualan yang terbaik, Samsung mempunyai hampir 151 pusat pembaikan telefon pintar dan 94 pusat pembaikan bagi produk elektronik diseluruh negara. Selain itu, terdapat 126 kedai Samsung dan wakil pengedar sah yang mana anda boleh menghantar produk anda yang bermasalah.

Pusat perkhimatan ekspres (ESC) Samsung pula diletakkan di lokasi strategik di bandar-bandar utama semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak.

samsung-3s-contest-malaysia-3 samsung-3s-contest-malaysia-1 samsung-3s-contest-malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.