Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

[eksklusif] Samsung Galaxy A3 (2016) dan A5 (2016) dikesan di SIRIM

[eksklusif] Samsung Galaxy A3 (2016) dan A5 (2016) dikesan di SIRIM 1

samsung galaxy a

Telefon pintar Samsung didalam siri Galaxy A 2016 iaitu Galaxy A3 dan Galaxy A5 yang dilancarkan awal bulan lalu telah dikesan di pangkalan data SIRIM menandakan bahawa pelancaran kedua-dua model ini di Malaysia akan berlaku tidak lama lagi.

Samsung Galaxy A5 pula hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses octa-core, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,900mAh.

Galaxy A5 (2016) juga hadir dengan kamera utama 13MP namun tiada OIS dan disertakan dengan kamera 5MP. Sensor capjari dan Samsung Pay dengan MST juga dilengkapi pada Galaxy A5 (2016) dan tidak lupa satu lagi versi dengan dwi-SIM.

SamsungGalaxyA3A5SIRIM

Samsung Galaxy A3 (2016) pula mendapat penambahbaikan spesifikasi yang paling drastik. Galaxy A3 kini hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 4.7-inci dengan resolusi 720p, pemproses quad-core berkelajuan 1.5GHz. 1.5GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,300mAh.

Kamera yang dimiliki oleh model A3 (2016) ini adalah sama seperti model A5 iaitu kamera 13MP pada bahagian belakang (tiada OIS) manakala kamera selfie adalah 5MP dengan jumlah aperture yang sama iaitu f/1.9.

Samsung Galaxy A3 juga hadir dengan sokongan LTE Cat.4 dan ianya juga akan hadir didalam versi dwi-SIM. Selain itu, harus kami tekankan bahawa Galaxy A3 (2016) tidak mempunyai sensor capjari.

Samsung Galaxy A3 (2016) dan Galaxy A5 (2016) akan ditawarkan didalam empat warna iaitu warna perak, hitam, emas dan emas ros.

Harga penjualan Samsung Galaxy A3 (2016) dan Galaxy A5 (2016) di Malaysia masih belum diketahui.

Samsung-Galaxy-A5-2016 Samsung-Galaxy-A3-2016

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.