CES 2016 : LG secara rasminya melancarkan LG K10 dan K7
LG secara rasminya telah mengumumkan satu siri telefon pintar yang baru iaitu siri K dan ianya hadir dengan reka bentuk premium namun pada harga penjualan yang lebih berpatutuan.
Kedua-dua model ini hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas 2.5D dan disasarkan khusus kepada golongan muda.
Dua telefon pintar pertama yang dilancarkan didalam siri K oleh syarikat Korea ini adalah siri K10 dan K7.
Bercakap mengenai LG K10, ianya hadir dengan skrin paparan HD In-cell Touch berukuran 5.3-inci, bateri berkapasiti 2,300mAh, Android 5. 1 Lollipop dan ditawarkan didalam tiga warna putih, indigo dan emas.
Tujuan kami menyenaraikan spesifikasi ini secara tidak teratur seperti biasa adalah kerana kebanyakkan spesifikasi yang dimiliki oleh LG K10 berbeza mengikut versi dan pasaran.
Berikut adalah versi-versi yang akan ditawarkan bagi LG K10 (mengikut pasaran)
- Cipset
LTE: pemproses 1.2GHz atau Quad-Core 1.3GHz atau Octa-Core 1.14GHz
3G: 1.3GHz Quad-Core - RAM dan ROM
RAM: 2GB / 1.5GB / 1GB
ROM: 16GB / 8GB - Kamera:
LTE: Kamera Utama 13MP / Kamera Hadapan 8MP atau 5MP
3G: Kamera Utama 8MP / Kamera Hadapan 8MP atau 5MP
Beralih kepada model LG K7, ianya hadir dengan skrin paparan 5.0-inci FWVGA In-cell Touch bagi versi LTE dan skrin paparan On-cell Touch bagi versi 3G, bateri berkapasiti 2,125mAh dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.
Seperti model K10, kebanyakkan spesifikasi yang dimiliki adalah berdasarkan versi dan pasaran.
Berikut adalah versi-versi yang akan ditawarkan bagi LG K7 (mengikut pasaran)
- Cipset
LTE: pemproses Quad-Core 1.1GHz
3G: pemproses Quad-Core 1.3GHz - Kamera:
Belakang : 8MP atau 5MP
Hadapan : 5MP - RAM dan ROM
RAM: 1.5GB atau 1GB
ROM: 16GB atau 8GB
LG K7 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna hitam, putih dan emas.
Kedua-dua model didalam siri LG K ini akan dipamerkan di CES 2016 namun maklumat harga dan tarikh penjualan masih belum diumumkan.