Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

KENXINDA kini di pasaran Malaysia – harga penjualan kurang dari RM 500

kenxinda-malaysia-price

Dari kiri ke kanan:

Gary Lam (Pengurus Marcom & Perhubungan Awam )
Elaine Liew (Pengurus Eksekutif Pemasaran & Penyewaan , Promosi)
Albert Khoo (Pengurus Besar – Pengurusan & Operasi)
Daryl Chang – Ketua jualan untuk kenxinda malaysia

Jenama telefon pintar dari China bukanlah sesuatu yang asing di pasaran tempatan dengan banyak syarikat China seperti OPPO, VIVO, Xiaomi dan banyak lagi sudah popular disini.

Kini jenama baru yang mahu mencuba nasib di pasaran Malaysia iaitu KENXINDA secara rasminya telah mula menawarkan produk mereka di pasaran tempatan dan sebagai permulaan, kesemua produk KENXINDA yang ditawarkan di Malaysia mempunyai harga penjualan kurang dari RM 500.

KENXINDA yang ditubuhkan pada 2003 kini memasuki pasaran Malaysia dan Malaysia merupakan pasaran Asia pertama bagi KENXINDA.

kenxinda-malaysia-price-3

KENXINDA akan membawa masuk 3 telefon mudah alih, 5 telefon pintar, jam pintar, tablet dan beberapa model powerbank.

Sebagai meraikan kemasukan jenama KENXINDA ke pasaran tempatan, jam pintar KENXINDA S-watch akan ditawarkan pada harga pengenalan iaitu hanya RM 199 dan tidak setakat itu, setiap pembelian jam pintar ini juga akan menerima headset Bluetooth bernilai RM 99 secara percuma.

kenxinda-malaysia-price-4

Dibawah ini kami menyenaraikan senarai harga bagi 13 produk KENXINDA yang ditawarkan di Malaysia.

Telefon bimbit – K68(RM99), K39(RM99), 207(RM119)
Telefon pintar – K528(RM169), K2(RM199), K3(RM299), X2(RM399), A6(RM459)
Tablet- F1(RM 299)
Jam pintar S-Watch (RM 299) * harga pengenalan RM 199
Powerbank – 5000mAh (RM69), 10400mAh( RM99), 1500mAh(RM 139).

spesifikasi kesemua produk ini boleh didapati di sini

KENXINDA kini sedang mengadakan roadshow di Plaza Low Yat dan sebagai mengembangkan lagi jenama ini di pasaran tempatan, KENXINDA akan membuka kedai konsep dibeberapa lokasi seperti di Low Yat, QueensBay Mall – Pulau Pinang dan Dataran Pahlawan – Melaka.

Selain kedai konsep yang akan dibuka tidak lama lagi, KENXINDA juga telah melancarkan trak bergerak yang berhasrat untuk memberikan pengguna lebih maklumat mengenai produk yang ditawarkan oleh KENXINDA.

Kami mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada KENXINDA.

kenxinda-malaysia-price-8 kenxinda-malaysia-price-7 kenxinda-malaysia-price-6 kenxinda-malaysia-price-5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.