Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Mini 2 telah dikesan di TENAA

oneplus-mini-2-malaysia

OnePlus baru sahaja melancarkan OnePlus X beberapa bulan lalu dan ianya ditawarkan didalam dua versi iaitu versi Onyx dan versi seramik. Versi Onyx OnePlus X ini kini ditawarkan di Malaysia melalui Lazada yang mana anda boleh melihatnya di SINI.

Beralih kepada tajuk utama, OnePlus 2 nampaknya akan menerima ahli keluarga baru tidak lama lagi apabila TENAA telah menyenaraikan OnePlus 2 Mini di China.

Menurut laman TENAA ini, OnePlus 2 Mini akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 1920 x 1080 berukuran 4.99-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 berkelajuan 2.0GHz, 3GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, OnePlus 2 Mini akan juga hadir dengan kamera utama 13MP manakala pengambilan selfie diberikan kepada kamera 8MP.

OnePlus 2 Mini akan hadir dengan sokongan 4G LTE, Android 5.1.1 Lollipop dengan Oxygen OS dan seperti OnePlus X ianya akan hadir dengan slot microSD.

OnePlus Mini 2 dilihat hadir dengan reka bentuk panel gelas pada bahagian depan dan belakang dengan rangka berasaskan keluli. Sedar atau tidak reka bentuk ini adalah sama seperti OnePlus X.

Spesifikasi yang didedahkan oleh TENAA mungkin berbeza dengan spesifikasi yang telah didedahkan melalui laporan sebelum ini namun TENAA adalah sumber yang lebih dipercayai.

Dengan penyenaraian di TENAA OnePlus 2 Mini dijangka akan ditawarkan di pasaran tidak lama lagi dan penjualan mungkin bermula dari China sebelum ke pasaran lain.

sumber

oneplus mini 2 tenaa-3 oneplus mini 2 tenaa oneplus mini 2 tenaa-1

kepada semua pembaca setia MobileFokus, kami mengucapkan selamat tahun baru!

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.