Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Penjualan Samsung Galaxy A9 didedahkan

samsung galaxy a9

Samsung Galaxy A9 telah dilancarkan secara rasmi minggu lalu dan ketika pelancaran, Samsung tidak memberikan sebarang maklumat harga penjualan Galaxy A9 ini.

Walaubagaimanapun, satu gambar yang dikongsi di Weibo mendedahkan bahawa Samsung Galaxy A9 ini akan mempunyai harga penjualan CNY 3,199 atau sekitar RM 2,114 berdasarkan kadar pertukaran semasa.

Samsung Galaxy A9 hadir dengan skrin paparan 1080p Super AMOLED berukuran 6.0-inci dan mempunyai panel sisi skrin yang nipis iaitu hanya 2.74mm.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 652 ( dulu dikenali sebagai Snapdragon 620), 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan mempunyai slot microSD.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy A9 hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai optik pengstabilan imej dan kamera 8MP diberi tanggungjawab mengambil gambar selfie anda.

Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut hadir dengan sokongan pantas QuickCharge dan tidak lupa sensor capjari yang diletakkan pada butang ‘home’ yang turut menyertakan sokongan sistem pembayaran Samsung Pay.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga hadir dengan Wi-Fi a/b/g/n, Bluetooth is v4.1, GPS/Beidou dan NFC.

Selain itu, Samsung Galaxy A9 hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dan akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu emas, emas ros dan perak.

Samsung Galaxy A9 dijangka akan ditawarkan di Malaysia bersama-sama Galaxy A3, Galaxy A5 dan Galaxy A7 pada tahun 2016.

sumber

samsung galaxy a9-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.