Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung telah memfailkan paten untuk cincin pintar

samsung smart ring

Samsung yang sibuk didalam persiapan untuk melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge masih berusaha untuk memperkenalkan satu peranti baru yang akan menarik perhatian dunia.

United States Patent and Trademark Office (USPTO) telah mengeluarkan satu permohonan paten daripada Samsung bagi satu peranti pintar yang akan digunakan pada jari anda atau lebih mudah kami perkatakan ianya adalah cincin pintar.

Cincin pintar ini akan mempunyai pelbagai fungsi termasuk mengawal telefon pintar, televisyen dan semua peralatan elektronik pintar.

Permohonan paten ini juga memberikan sedikit ilustrasi bagaimana cincin pintar ini akan beroperasi dengan satu menu khas pada telefon pintar. Menu ini membolehkan anda membuka dan mengawal set TV anda, sistem audio dan mana-mana peranti yang disambungkan kepada cincin pintar ini ( melalui Bluetooth).

Selain itu, Samsung juga telah menyatakan dengan jelas bahawa cincin pintar ini juga akan dihubungkan kepada media sosial seperti Facebook yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti didalamnya

Walaupun baru sahaja dikeluarkan, Samsung telah memfailkan paten ini pada bulan Jun dan harus kami tekankan disini bahawa cincin pintar ini mungkin tidak akan dikeluarkan secara komersial. Walaubagaimanapun, beberapa gergasi teknologi dunia seperti Apple, Google dan Microsoft dikatakan sedang menguji dan membangunkan peranti yang sama seperti Cincin Pintar ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.