Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A9 kini telah dikesan di TENAA

samsung-galaxy-a9-malaysia-mobilefokus

Samsung yang melancarkan siri Galaxy A 2016 pada awal bulan ini juga dijangka akan memperkenalkan satu lagi model baru didalam siri Galaxy A ini iaitu Samsung Galaxy A9.

Samsung Galaxy A9 sebelum ini telah disahkan spesifikasi nya melalui akaun Weibo Samsung di China dan kini model ini telah dikesan di TENAA sekaligus memberikan kita petunjuk bahawa telefon pintar paling baik didalam siri A akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Snapdragon 620 berkelajuan 1.8GHz, 3GB RAM, GPU Adeno 510 dan 32GB memori simpanan dalaman.

Seperti Galaxy A3(2016), A5(2016) dan A7(2016), Samsung Galaxy A9 juga akan mempunyai reka bentuk yang berasaskan rangka besi dan panel gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh Galaxy A9 ini adalah kamera utama 13MP dengan OIS, kamera selfie lensa lebar 8MP, bateri berkapasiti 4,000mAh dan sokongan LTE Cat.9.

dengan kapasiti bateri ini, Samsung Galaxy A9 juga mungkin menawarkan fungsi pengecasan ‘reverse charging’ dimana Galaxy A9 ini mampu mengecas peranti lain. ( sokongan ini ditawarkan secara automatik pada sistem operasi Android Marshmallow).

Samsung Galaxy A9 juga akan hadir dengan sensor capjari yang mempunyai fungsi sebagai Samsung Pay.

Galaxy A9 akan ditawarkan dengan sistem operasi Andorid 5.1.1 Lollipop dan akan ditawarkan didalam warna emas, emas ros dan perak.

sumber samsung galaxy a9 samsung galaxy a9-1 a9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.