Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spesifikasi Samsung Galaxy A9 Didedahkan secara rasmi

Samsung Galaxy A9

Samsung Galaxy A9 dijangka akan menyertai barisan terbaru siri Galaxy A (2016) yang dilancarkan baru-baru ini.

Kehadiran Samsung Galaxy A9 telah disahkan melalui satu gambar promosi rasmi Samsung di China dan ini mengesahkan bahawa Samsung Galaxy A9 akan dilancarkan secara rasmi bulan ini.

Samsung Galaxy A9 akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 6.0-inci, pemproses Snapdragon 620 berkelajuan 1.8GHz, 3GB RAM, GPU Adeno 510 dan 32GB memori simpanan dalaman.

Seperti Galaxy A3(2016), A5(2016) dan A7(2016), Samsung Galaxy A9 juga akan mempunyai reka bentuk yang berasaskan rangka besi dan panel gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Spesifikasi lain yang akan dimiliki oleh Galaxy A9 ini adalah kamera utama 13MP dengan OIS, kamera selfie lensa lebar 8MP, bateri berkapasiti 4,000mAh dan sokongan LTE Cat.9.

dengan kapasiti bateri ini, Samsung Galaxy A9 juga mungkin menawarkan fungsi pengecasan ‘reverse charging’ dimana Galaxy A9 ini mampu mengecas peranti lain. ( sokongan ini ditawarkan secara automatik pada sistem operasi Android Marshmallow).

Samsung Galaxy A9 juga akan hadir dengan sensor capjari yang mempunyai fungsi sebagai Samsung Pay.

Galaxy A9 akan ditawarkan dengan sistem operasi Andorid 5.1.1 Lollipop namun kemaskini Marshmallow dijangka tiba tidak lama lagi.

Samsung Galaxy A9 dijangka akan mula ditawarkan dipasaran ketika perayaan Krismas atau awal tahun hadapan dengan harga anggaran sekitar CNY 2,999 iaitu RM 2,017 pada kadar pertukaran semasa.

sumber| sumber gambar

image image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.