Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Android 5.1 bagi Huawei Mate 7 dan G7 kini ditawarkan

huawei mate 7 huawei g7 lollipop update

Jika semalam kami melaporkan bahawa Huawei bakal melakukan program ujian beta bagi Android Marshmallow pada Honor 7 dan kini sedang membuka pendaftaran baginya, Huawei sekali lagi membuktikan komitmen mereka apabila telah mengesahkan penawaran Android Lollipop bagi Huawei Mate 7 dan Huawei G7.

Kedua-dua telefon pintar ini masih belum mendapat kemaskini Android Lollipop walaupun peranti lain telah mula dilaporkan bakal menerima kemaskini Android Marshmallow.

Bagi pengguna Huawei Mate 7 atau Ascend Mate 7, anda akan menerima kemaskini Android 5. 1 ini melalui OTA (over-the-air) dimana anda boleh menyemaknya pada peranti anda.

Bagi pemilik telefon pintar Huawei G7 pula, kemaskini Android 5.1 Lollipop hadir bagi dua versi iaitu versi G7-L11 dan G7L10. Pautan bagi kemaskini ini telah kami sertakan di bawah dan anda perlukan menekan pautan ini untuk melakukan kemaskini Android 5.1 Lollipop.

Selepas Android Lollipop, kedua-dua model ini mungkin menerima Android Marshmallow namun ianya mungkin mengambil masa yang agak lama.

Bercakap mengenai Mate 7 dan G7, kedua-dua telefon pintar telah mendapat versi baru iaitu Huawie Mate 8 dan Huawei G8.

Huawei G8 belum ditawarkan di pasaran Malaysia namun Huawei G8 kini ditawarkan di vmall.my dengan harga penjualan RM 1,499.

Huawei Mate 8 dijangka memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun 2016 dengan harga penjualan lebih murah berbanding Mate S yang ditawarkan pada harga RM 2,698.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.