Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate S, G8 & MediaPad M2 dilancarkan di Malaysia

huawei-mateS

Huawei secara rasminya telah melancarkan tiga model telefon pintar terbaru mereka iaitu Mate S, G8 dan MediaPad M2 8.0 ke pasaran tempatan.

Huawei Mate S yang dilancarkan di IFA 2015 awal bulan lalu hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 5.5-inci yang turut mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 4.

Selain itu, Mate S turut hadir dengan pemproses Hisilicon Kirin 935, 3GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan hadir dengan sokongan dwi-SIM pada rangkaian 4G LTE.

huawei-mateS-1

Spesifikasi lain yang dimiliki oleh Mate S adalah kamera belakang 13MP BSI, kamera selfie 8MP yang turut mempunyai lampu flash LED, bateri berkapasiti 2,700mAh dan NFC. Apa yang sedikit mengecewakan adalah, versi Mate S yang ditawarkan di Malaysia tidak hadir dengan teknologi skrin paparan ‘Force-Touch’.

Huawei Mate S kini boleh didapati di pengedar sah produk Huawei diseluruh negara dengan harga penjualan RM 2698 dan didalam warna emas. Selain itu, Telefon pintar ini hadir dengan jaminan dua tahun ( tahun pertama akan mendapat pertukaran  ‘one-to-one’).

huawei g8 malaysia

Huawei G8 pula hadir dengan skrin paparan TFT HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615, 3GB dan 32GB memori simpanan dalaman.

Huawei G8 jug  hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapasiti 3,000mAh, Android Lollipop dan rangkaian 4G LTE.

Huawei G8 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu warna kelabu dan emas dengan harga penjualan RM 1,499 termasuk GST.

huawei mediapad m2

Model ketiga dan terakhir yang dilancarkan oleh Huawei hari ini adalah , Huawei MediaPad M2 yang hadir dengan skrin paparan IPS HD penuh berukuran 8.0-inci, pemproses Kirin 930, 3GB RAM, 32GB RAM dan bateri berkapasiti 4,800mAh.

Selain itu, model ini turut hadir dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 2MP, dua pembesar suara dengan kerjasama Harman/Kardon dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Huawei MediaPad M2 akan ditawarkan didalam warna emas mulai penghujung bulan hadapan dengan harga penjualan yang sama seperti G8 iaitu RM 1,499

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.