WSJ Melaporkan Samsung Galaxy S7 akan memiliki skrin paparan ‘Force Touch’
Generasi telefon pintar utama yang akan datang iaitu Samsung Galaxy S7 telah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini dan kini satu laporan daripada Wall Street Journal mengatakan bahawa Samsung akan mengggunakan teknologi skrin yang sensitif kepada tekanan yang sama seperti pada telefon pintar terbaru Apple iPhone.
Kami telah memaklumkan bahawa Samsung Galaxy S7 akan hadir didalam 4 versi dan laporan ini mengatakan bahawa beberapa versi akan memiliki pengesan retina manakala versi yang tiada nama ‘Edge’ akan hadir dengan slot microSD.
Selain itu, Samsung Galaxy S7 juga dikatakan akan hadir dengan slot USB Type-C dan kamera yang mempunyai prestasi yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, generasi utama telefon pintar Samsung ini akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy S6 kecuali pada unit kamera.
Walaubagaimanapun, satu video lakaran 3D Galaxy S7 Plus mendedahkan sebaliknya yang mana pada video itu tiada slot microSD mahupun slot USB Type-C.
Bercakap mengenai tarikh penjualan pula, Samsung Galaxy S7 dijangka akan memasuki pasaran utama dunia pada awal bulan Mac iaitu beberapa minggu selepas pelancaran rasmi dibuat di MWC.
Samsung Galaxy S7 dan versi lain didalam siri Galaxy S7 ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sebagai antara negara terawal untuk menerimanya kelak.