Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video Lakaran 3D Samsung Galaxy S7 Plus dikeluarkan

samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-2

Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Plus yang akan dilancarkan pada bulan Februari tahun hadapan adalah peranti yang sedang hangat diperkatakan.

OnLeaks dan uSwitch kini telah menghangatkan lagi kata-kata mengenai kedua-dua model Samsung Galaxy S7 ini apabila telah mengeluarkan satu video lakaran realistic mengenai Samsung Galaxy S7 Plus.

Seperti yang kami perkatakan sebelum ini, Samsung Galaxy S7 hadir dengan reka bentuk luaran yang mempunyai mirip Galaxy S6 dan hadir dengan dua panel gelas 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang.

Walaubagaimanapun, berdasarkan video ini, Samsung Galaxy S7 Plus ini dilihat tidak mempunyai slot microSD dan juga tiada slot USB Type-C. sebab utama Samsung belum bersedia beralih kepada slot USB Type-C adalah kerana kegagalan MicroUSB 3.0.

Model Samsung Galaxy S7 Plus didalam video ini mempunyai ukuran dimensi 163.32 x 82.01 x 7.82mm dan ini tidak mengambil kira lekukan kamera pada bahagian belakang.

Selain itu, model terbaru Galaxy S7 ini juga hadir dengan butang ‘home’ yang lebih panjang namun lebih rendah. Samsung Galaxy S7 akan memiliki ukuran dimensi 18 x 5mm manakala kamera hadapan telah dialihkan kepada sebelah kanan.

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Plus akan dilancarkan pada 21 Februari iaitu kira-kira seminggu sebelum MWC bermula.

Samsung Galaxy S7 juga dijangka akan hadir dengan teknologi kamera BRITECELL yang turut mempunyai teknologi pemfokusan DuoPixel

samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-1samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-3samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus-3d-render-2samsung-galaxy-s7-dan-galaxy-s7-plus

 

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.