Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony akan melancarkan 2 telefon pintar dengan Snapdragon 820

xperia z6
Selepas tahun yang mencabar tahun ini, Sony dilihat sudah mula merancang untuk tahun hadapan dan kita telah mendengar beberapa laporan yang mengatakan bahawa Sony akan melancarkan 5 versi telefon pintar utama mereka iaitu Xperia Z6 di MWC 2016 dengan skrin paparan yang berbeza meliputi semua kategori pasaran.

Walaubagaimanapun, sumber industri memberikan maklumat bahawa Sony hanya akan melancarkan empat model telefon pintar tahun hadapan dan dua daripada telefon pintar ini adalah telefon pintar utama Sony.

Ini bermaksud, Sony akan melancarkan Xperia Z6, Z6 Compact, Z6 Plus dan Z6 Ultra dan dua daripada peranti ini akan hadir dengan pemproses generasi baru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 820.

Selain itu, sumber ini berkata kedua-dua peranti utama ini tidak akan dilancarkan serentak dengan satu model dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Jun manakala satu lagi model akan dilancarkan pada bulan Oktober 2016.

Selain itu, Sony juga dikatakan akan memperkenalkan reka bentuk baru Xperia Z6 yang berasaskan besi dan kami pasti ramai telah ternanti perubahan reka bentuk selepas hampir 3 tahun menggunakan reka bentuk yang berasaskan gelas.

Sony yang telah mengesahkan kehadiran mereka di CES 2015 bulan hadapan diijangka akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai perancangan Sony sepanjang tahun hadapan dan kita mungkin menyaksikan beberapa telefon pintar kelas pertengahan dilancarkan di CES.

sony roadmap

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.