Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Satu Lakaran Baru Xiaomi Mi 5 tersebar

Satu Lakaran Baru Xiaomi Mi 5 tersebar 1

xiaomi mi 5 render

Beberapa hari sebelum ini kami telah melaporkan mengenai satu gambaran Xiaomi Mi 5 yang bersumberkan dari China dan kini terdapat satu lagi lakaran telefon pintar utama Xiaomi dikeluarkan..

Jika dibandingkan dengan gambar model Xiaomi Mi 5 yang dikeluarkan sebelum ini, model terbaru ini hadir dengan reka bentuk yang hampir serupa namun lebih lengkungan termasuk pada butang ‘home’ yang pertama kali akan digunakan pada peranti Xioami.

Selain itu, selepas mengambil kira butang fizikal ini, model ini dilihat tidak mempunyai sebarang ruang diantara skrin dan bahagian bawah telefon pintar.

Walaubagaimanapun, kedua-dua lakaran ini juga mempunyai beberapa persamaan seperti panel sisi skrin yang sangat kecil, pengunaan gelas 2.5D pada bahagian hadapan.

Selain itu, apa yang sedikit mencurigakan adalah, pada model lakaran Mi 5 yang terbaru ini, tiada logo syarikat ini yang kebiasaanya diletakkan pada bahagian kiri atas telefon pintar ini

Xioami Mi 5 dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2016 iaitu sekitar bulan Februari dan ianya dijangka akan menjadi antara telefon pintar pertama untuk hadir dengan generasi pemproses terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 820, sensor capjari pada butang fizikal dan skrin paparan QHD selain 4GB RAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun telah berkata bahawa, Xiaomi Mi 5 adalah peranti yang pasti berbaloi akan penantianya.
sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.