LG G5 akan dilancarkan dengan sensor IRIS
Kata-kata bahawa LG mungkin melancarkan generasi terbaru telefon pintar mereka lebih awal tahun hadapan sering disebut-sebut.
LG G5 dikatakan akan dilancarkan pada bulan Februari 2016 iaitu lebih awal berbanding pelancaran LG G4 yang berlangsung pada suku ke-2.
Model terbaru siri G LG ini akan memfokuskan kepada penambahbaikan kamera dan ciri keselamatan yang lebih hebat dengan kaedah biometrik.
Selain itu, LG G5 juga dikhabarkan akan hadir dengan skrin paparan 5.6-inci iaitu skrin paparan QHD dan pengunaan kulit asli yang diperkenalkan pada LG G4 dijangka tidak akan diteruskan pada model ini dan ianya akan digantikan dengan pengunaan rangka keluli unibodi.
Beralih kepada unit kamera yang akan dimiliki oleh LG G5 ini pula, ianya akan hadir dengan kamera utama 21MP dengan sensor 1/2″ iaitu jauh lebih besar berbanding sensor yang dimiliki oleh LG G4 yang hadir dengan kamera 16MP 1/2.6″.
Kamera hadapan yang akan dimiliki oleh LG G5 dijangka 8MP dan tiada sebarang pengesahan LG akan menggunakan teknologi kamera hadapan duo yang diperkenalkan pada LG V10 yang dilancarkan beberapa bulan lalu.
Selain itu, LG G5 akan hadir dengan dua fungsi keselamatan iaitu sensor capjari dan sensor iris sebagai ciri keselamatan tambahan.
LG G5 dijangka akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820 dan mungkin disertakan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.