Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Apple iOS 9.2 kini ditawarkan

Apple ios 9.2

Selepas beberapa kali melancarkan versi beta bagi pembangun aplikasi dan pengguna sejak beberapa minggu lalu. Apple akhirnya telah menawarkan kemaskini Apple iOS 9.2 yang semua peranti iOS mereka yang layak.

Kemaskini Apple iOS 9.2 ini kini sudah mula diterima oleh pengguna Apple iPhone, Tablet Apple iPad dan Apple iPod dengan saiz kemaskini mungkin berada pada kadar 300MB namun bergantung pada peranti Apple yang anda miliki ( Saiz kemaskini iOS 9.2 bagi Apple iPhone 6 Plus adalah 265MB).

Kemaskini sistem operasi Apple iOS 9.2 ini hadir dengan banyak pembaikan sistem operasi iOS 9 ini dan sesuai untuk dimuat turun dengan segera.

Antara aplikasi Apple yang mendapat penambahbaikan melalui Apple iOS 9.2 adalah Apple Music, Aplikasi News ( hanya untuk pengguna peranti Apple di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia), Mail dan iBook( untuk iPhone 6s dan 6s Plus).

Selain itu, bagi pengguna di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Siri kini menyokong bahasa Arab.

Disebabkan kemaskini terbaru ini hanyalah yang kecil sahaja, kami percaya jangka hayat bateri bagi peranti Apple anda akan berada pada kadar yang sama.

Apple iOS 9.2 kini sudah boleh dimuat turun pada peranti Apple anda dengan melakukan langka-langkah dibawah ( kami pasti anda tahu langkah ini).

Settings > General > Software Update

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.