Kamera Galaxy S7 mungkin memiliki teknologi pemfokusan ‘Duo Pixel’
Samsung sebelum ini telah mendaftarkan hak cipat nama bagi BRITECELL di Amerikat Syarikat dan seperti yang kita sedia maklum ia adalah teknologi kamera terbaru daripada Samsung dan telah mengesahkan bahawa mereka telah membangunkan teknologi kamera BRITECELL di satu forum kepada pelabur hujung bulan lalu.
Teknologi kamera BRITECELL Samsung ini dijangka akan hadir dengan kamera 20MP dengan sensor RGWB yang baru dan ianya dijangka akan hadir dengan kualiti gambar yang lebih baik terutamanya pada keadaan cahaya yang malap.
Samsung kini telah mendaftarkan hak cipta bagi nama ‘Duo Pixel’ yang mungkin akan digunakan untuk mempromosikan teknologi kamera yang baru ini. Teknologi kamera ini mungkin merujuk kepada teknologi pemfokusan bagi yang akan menggantikan pemfokusan PDAF ( Phase Detection Auto Focus).
Dengan pelancaran Samsung Galaxy S7 akan berlangsung pada suku pertama tahun 2016, Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge atau S7 Plus mungkin hadir dengan teknologi kamera yang baru dan mungkin mengukukuhkan kedudukan Samsung sebagai pembekal telefon pintar dengan kamera terbaik di pasaran.
Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2016 yang akan berlangsung pada bulan Februari 2016 di Barcelona dari 22 Februari 2016 hingga 25 Februari 2016.
Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge/Plus dijangka akan hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan Galaxy S6 dan akan lebih memfokuskan kepada penambahbaikan spesifikasi dalaman sahaja.