Huawei Mate 8 akan mula dijual 9 Disember ini
Ketua bahagian telefon pintar Huawei, He Gang telah mengesahkan bahawa Huawei Mate 8 yang dilancarkan pada 26 November yang lalu akan mula dijual pada 9 Disember ini.
Huawei akan mengeluarkan satu juta unit Huawei Mate 8 setiap bulan dan syarikat ini yakin generasi baru Mate ini mampu mengatasi pencapaian Huawei Mate 7 yang telah mencapai penjualan sebanyak 7 juta unit.
Huawei Mate 8 hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Kirin 950 berkelajuan 2.3GHz, GPU Mali T880MP4 dan dua pilihan RAM yang didatangkan dengan tiga kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.
Selain itu, Huawei Mate 8 juga hadir dengan satu co-pemproses yang dikenali sebagai i5 dan pemproses sokongan ini mempunyai sokongan kepada pengesanan pertuturan, pengunaan MP3, hab sensor pelbagai fungsi, navigasi fused location provider (FLP) dan mengurangkan pengunaan tenaga berdasarkan lokasi.
Huawei Mate 8 hadir dengan teknologi aluminium industri angkasa lepas dan dengan gelas 2.5D selain satu sensor capjari pada bahagian belakang. Dari segi kamera pula, Huawei Mate 8 hadir dengan kamera utama 16MP yang menggunakan sensor terkini IMX298 daripada Sony manakala kamera selfie pula adalah 8MP.
Dari segi perisian pula, Mate 8 hadir dengan sistem operasi Android Marshmallow dan disertakan dengan EMUI 4.0 yang terbaru
Huawei Mate 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan akan ditawarkan didalam empat warna iaitu emas, perak, kelabu dan perang.
Harga penjualan bagi Huawei Mate 8 adalah seperti berikut
3GB RAM/32GB ROM : CNY 3,199 ( RM2,107)
4GB RAM/64GB ROM : CNY 3,699 (RM 2,436)
4GB RAM/128GB ROM : CNY 4,399 (RM 2,897)